KUALA LUMPUR: Kempen bagi beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai dalam Terbuka Switzerland 2026 berakhir selepas tewas pada suku akhir dalam masa hanya 37 minit menerusi pertemuan pertama mereka, semalam.
Gandingan itu kalah kepada pasangan pilihan ketujuh Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark dengan 19-21, 15-21 di St. Jakobshalle di Basel, Switzerland.
Advertisement
Kekalahan itu juga menandakan berakhirnya cabaran Malaysia dalam kejohanan itu dengan Khai Xing-Aaron menjadi wakil terakhir negara pada pertandingan itu.
Beregu Denmark mara ke separuh akhir dan akan bertemu dengan gandingan Thailand Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, yang menewaskan Eloi Adam-Leo Rossi dari Perancis, 21-19, 21-12, dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
-- BERNAMA