awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan masih rangka SOP beri kebenaran umrah Disember ini

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/09/2021
04:59 MYT
Kerajaan masih rangka SOP beri kebenaran umrah Disember ini
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah membuka semula ibadah umrah kepada warga tempatan manakala jemaah antarabangsa bermula 10 Ogos.
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan perlaksanaan ibadah umrah pada Disember tahun ini.
Selain itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kebenaran bagi pelaksanaan ibadah tersebut masih perlu menunggu keputusan akhir kerajaan.
“Perkara ini (kebenaran pada Disember) dalam pemakluman pihak Lembaga Tabung Haji (TH).
"Dan kita masih lagi menunggu kebenaran kerajaan untuk kita membenarkan operasi umrah yang dikatakan akan dibenarkan pada Disember ini.
“Kita masih merangka SOP dan beberapa syarat yang perlu dilaksanakan untuk kebenaran mengerjakan umrah hujung tahun ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR-Balik Pulau) yang membangkitkan isu berkaitan ibadah umrah yang sudah mula diiklankan agensi-agensi berkaitan kerana dipercayai akan dibenarkan pada Disember tahun ini.
Muhammad Bakhtiar turut meminta penjelasan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berhubung satu perbincangan mengaitkan keputusan kebenaran berkenaan yang dikatakan telah berlangsung pada 6 September lalu.
Bagaimanapun, Dewan Rakyat mengarahkan jawapan bertulis diberikan kemudian oleh kementerian terlibat.
Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membuka semula ibadah umrah kepada warga tempatan manakala jemaah antarabangsa bermula 10 Ogos.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#umrah
#Ahmad Marzuk Shaary
#SOP umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan