awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Melaka beri amaran peniaga subahat dengan geng 'plastik hitam'

Bernama
Bernama
02/04/2022
08:38 MYT
Kerajaan Melaka beri amaran peniaga subahat dengan geng 'plastik hitam'
Sulaiman peniaga sepatutnya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam memantau individu yang ponteng puasa. - Gambar fail
ALOR GAJAH: Peniaga yang diberi kebenaran memulakan operasi perniagaan pada 2 petang sepanjang Ramadan ini, diberi amaran agar tidak bersubahat dengan individu ponteng puasa atau geng 'plastik hitam'.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata seharusnya peniaga tersebut menggunakan peluang tersebut, untuk berniaga dengan amanah malah menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam memantau individu yang ponteng puasa.
"Kita sudah berikan kebenaran berniaga, jadi hormatlah bulan yang mulia ini. Kedua-dua pihak jangan ambil kesempatan. Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang ponteng puasa dan juga peniaga yang bersubahat.
"Jika ditahan, mungkin kali ini kita akan mandikan mereka seperti jenazah," katanya pada pemberita selepas merasmikan pembukaan Premis Perniagaan Ar Rahnu Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka di Taman Bandar Baru, Masjid Tanah di sini hari ini.
Katanya pemantauan berterusan akan dilakukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), dengan penguatkuasan undang-undang yang tegas di restoran atau peniaga makanan yang membenarkan orang Islam makan dalam premis mereka.
Dalam pada itu Sulaiman turut mengingatkan peniaga bazar Ramadan tidak menaikkan harga jualan, walaupun berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah di pasaran.
"Juallah pada harga berpatutan. Cuba rendahkan kadar harga dan sudah pasti ramai yang akan beli," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#geng plastik hitam
#ponteng puasa
#Melaka
#amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan