awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal
Rasuah di Malaysia: Kes Najib tidak dijadikan pengajaran – Mohd Annuar
Pasaran saham Indonesia kembali beroperasi, indeks utama kekal tidak menentu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan mulakan perancangan pisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya - Takiyuddin

Bernama
Bernama
23/07/2021
09:32 MYT
Kerajaan mulakan perancangan pisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya - Takiyuddin
TAKIYUDDIN: Kerajaan juga tiada halangan mempertimbangkan langkah mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sekiranya ada keperluan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memulakan perancangan ke arah memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi menjamin aspek keadilan dan memenuhi prinsip keluhuran undang-undang serta mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu akan ditambah baik melalui kajian perbandingan dengan negara lain, namun dengan kesesuaian sistem perundangan Malaysia.
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan yang sentiasa terbuka dan bersedia mengambil langkah memelihara integriti serta kepercayaan awam terhadap badan perundangan termasuk Jabatan Peguam Negara dan seumpamanya.
"Kerajaan juga tiada halangan mempertimbangkan langkah mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sekiranya ada keperluan berdasarkan fakta, undang-undang dan juga langkah-langkah pihak tertentu yang boleh menimbulkan persoalan integriti dan keyakinan terhadap badan perundangan yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan dalam aspek perundangan serta penjaga kepada keadilan jenayah," katanya.
Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman dalam kenyataan melalui laman Facebooknya mencadangkan supaya ditubuhkan satu RCI pembaharuan Jabatan Peguam Negara, yang perlu melibatkan pakar-pakar perlembagaan.
Cadangan itu dikemukakan kerana beliau berpendapat perkembangan semasa menjejaskan kepercayaan masyarakat awam terhadap Jabatan Peguam Negara, dan jika tidak ditangani, secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada kebuntuan politik, di samping menghalang usaha kerajaan membina keyakinan serta sokongan orang ramai bagi melawan pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peguam Negara
#pendakwa raya
#kerajaan
#Takiyuddin Hassan
#undang-undang
#sistem perundangan
#Malaysia
#RCI
#kerajaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan