awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
Reman tiga lelaki warga asing terbabit sindiket dadah antarabangsa disambung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri buat laporan polis, cari suspek buang bahan tercemar - Exco

Fareez Azman
Fareez Azman
10/11/2020
11:20 MYT
Kerajaan negeri buat laporan polis, cari suspek buang bahan tercemar - Exco
HEE LOY SIAN: Kita buat pemantuan 24 jam di sungai, kita tidak pernah rehat tetapi mereka (individu tidak bertanggungjawab) cari tempat lain untuk buang bahan tercemar. - Gambar fail
RAWANG:Kerajaan Negeri telah membuat laporan polis berhubung pencemaran bahan tercemar di Loji Rawatan Air Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Volex, Rawang.
Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian berkata, siasatan lanjut untuk mengesan suspek diserahkan kepada pihak polis.
"LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) dan Air Selangor (Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd) sudah buat laporan polis dan polis diminta siasat dengan segera itu kerana itu diluar bidang kuasa kita.
"Kita (kerajaan negeri) tidak boleh masuk ke IWK buat siasatan. IWK bukan bidang kuasa kerajaan negeri, tetapi kita harap polis boleh buat siasatan.
"Kita buat pemantuan 24 jam di sungai, kita tidak pernah rehat tetapi mereka (individu tidak bertanggungjawab) cari tempat lain untuk buang bahan tercemar. Saya sangat kesal dengan tindakan orang tidak bertanggungjawab ini, saya harap siasatan segera dilakukan dan menangkap mereka yang melakukan kesalahan ini," katanya.
BACA: Kerajaan negeri tidak tolak pencemaran bau Sungai Selangor akibat sabotaj
BACA: 1,279 kawasan di Lembah Klang alami gangguan air bermula 6 petang ini
Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor jelasnya berharap agar penguatkuasaan lebih ketat dijalankan di lurang kumbahan IWK agar kejadian sama tidak berulang.
"Kita harap IWK juga boleh menguat kuasa dan bertanggungjawab terhadap aset mereka. Kita harap lurang kumbahan boleh ditutup selamanya atau menggunakan kunci tertentu agar tidak boleh dibuka oleh mana-mana pihak.
"Harap ada satu perancangan pada masa akan datang untuk kunci lurang kumbahan mereka (IWK)," jelasnya.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#kerajaan negeri
#Selangor
#loji rawatan air
#Indah Water Konsortium
#taman volex
#Rawang
#Hee Loy Sian
#pencemaran air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan