Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu kerajaan negeri serta jabatan dan agensi kerajaan termasuk pasukan keselamatan supaya memantau rapi serta membuat persiapan sepenuhnya dalam menghadapi cuaca tidak menentu di negeri ini.
Baginda juga mengakui turut memantau rapi serta mengikuti perkembangan keadaan banjir yang melanda beberapa daerah di Johor sejak semalam.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Ibrahim bertitah supaya persediaan sepenuhnya dibuat berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
"Pasukan keselamatan perlu terus meningkatkan pemantauan dan membuat penambahan dari segi persediaan anggota di seluruh negeri.
"Ini kerana keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, begitu juga dengan penduduk yang menetap berhampiran kawasan rendah perlu berhati-hati dan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) menerusi kenyataan itu.
Baginda juga bertitah kerajaan negeri juga perlu memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mendapat keselesaan serta kemudahan secukupnya.
"Pada masa sama, pihak berkuasa khususnya Jabatan Kesihatan Johor juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan pemeriksaan di setiap PPS bagi mencegah penularan COVID-19," titah baginda.
Setakat 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 1,271 orang daripada 331 keluarga melibatkan empat daerah iaitu Batu Pahat, Muar, Pontian dan Tangkak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020

Setakat 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 1,271 orang daripada 331 keluarga melibatkan empat daerah iaitu Batu Pahat, Muar, Pontian dan Tangkak. - Gambar fail

Malaysia harap perdagangan dengan AS lebih teratur di bawah Biden
Biden sah dilantik sebagai Presiden AS Ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Rabu.

AWANI Ringkas: Sasaran KDNK kekal | Perdagangan Msia-AS akan lebih teratur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hari pertama PKP 2.0 di Kedah, bandaraya Alor Setar lengang
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Pekan Rabu, Aman Central dan City Plaza mendapati pergerakan orang ramai berkurangan.

FGV tolak tawaran pembelian saham oleh Felda
FGV berkata tawaran oleh felda pada harga RM1.30 sesaham adalah tidak adil, lebih rendah dari penilaian yang dilakukan oleh FGV iaitu sekitar RM1.45 hingga RM1.60.

Norma Baharu | Sokongan isi rumah penting elak tekanan berlebihan
Sokongan isi rumah dalam melaksanakan norma baharu dapat membantu mengurangkan keresahan dan tekanan. Menurut Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin, ahli keluarga perlu memahami bahawa mereka masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa walaupun berada dirumah.

Kesihatan Mental | Pekerja tertekan jejaskan produktiviti organisasi
Isu kesihatan mental di tempat kerja tidak seharusnya dipandang ringan, tegas Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Datuk Wilson Ugak Kumbong. Ini kerana jelasnya, kesihatan mental yang terjejas dalam kalangan pekerja bakal memberi impak kepada produktiviti sesebuah organisasi.

Era Pandemik | Majikan perlu pastikan kesihatan mental terjamin
Datuk Wilson Ugak Kumbong berharap agar majikan dapat memainkan peranan sebaiknya dalam memastikan kesihatan mental pekerja terjamin terutamanya golongan wanita. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tinjauan yang dilakukan firma Penyelidikan Pasaran Dan Perundingan Antarabangsa, IPSOS berkenaan ‘impak pandemik terhadap tenaga kerja rakyat Malaysia’.

Kerja Dari Rumah | Majikan perlu lebih sensitif, empati terhadap pekerja
Majikan yang mengarahkan pekerja bekerja dari rumah juga perlu lebih sensitif dan mempunyai sifat empati dengan keadaan pekerja. Kata Prof Dr Amer Siddiq, pekerja juga mempunyai tanggungjawab menguruskan kehidupan selain bekerja dari rumah.

COVID-19 | Bekas Naib Presiden Pas, Hasan Ali positif
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali disahkan positif jangkitan COVID-19 pada petang Rabu. Menurut satu entri yang dimuat naik dalam akaun Facebook peribadinya pada Jumaat, Hasan memaklumkan, beliau sedang menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara Utama.

PKP & Kesan Ekonomi | ADFIM jangka pinjaman tidak berbayar naik
Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) menjangka kadar pinjaman tidak berbayar akan meningkat susulan pelaksanaan PKP pada ketika ini. Dalam temu bual bersama Astro AWANI, Timbalan Pengerusi Azizi Mustafa, Ketua Kewangan Pembangunan, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) menjangka peningkatan adalah rendah melihat kepada jumlah sektor ekonomi yang masih dibenarkan beroperasi.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa menurun kepada 352 orang
Daerah Papar merupakan yang terkini pulih dari banjir.

Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.

Banjir Sabah: Bilangan mangsa di PPS semakin menurun
Jumlah PPS yang beroperasi setakat malam tadi kekal enam, membabitkan empat daerah.

Keperluan lanjutkan BKSS akan ditentukan sebuah jawatankuasa - Abang Johari
Keperluan untuk melanjutkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 akan dipantau sebuah jawatankuasa sekiranya penularan COVID-19 masih berlarutan di Sarawak.

50 ekor gajah berkeliaran di dua kawasan kampung di Kluang cari makanan
Sekumpulan gajah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Sri Lukut dan Kampung Pinggir, Kahang, dekat Kluang, sejak beberapa hari lepas, dipercayai sedang mencari makanan.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir di Sabah semakin pulih
Hanya empat daerah masih terkesan dengan banjir dan jumlah mangsa direkodkan seramai 413 orang setakat 8 malam tadi.

SEDCO ketuai pengurusan tebatan banjir di Beaufort - Hajiji
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan mengetuai pengurusan tebatan banjir di daerah Beaufort, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Permohonan tangguh bayaran balik PTPTN mulai 20 Januari hingga 31 Mac
PTPTN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO, diminta fokus isu rakyat
Datuk Seri Ahmad Maslan digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong.