awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri nafi beri Bonus Rakyat 1Perak Ku - Zambry

Bernama
Bernama
25/04/2017
08:40 MYT
Kerajaan negeri nafi beri Bonus Rakyat 1Perak Ku - Zambry
Zambry bersama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong (empat, kanan) meninjau model pembangunan selepas Majlis Pecah Tanah Pejabat SSM negeri di Basco Avenue Sungai Senam har ini. --fotoBERNAMA
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan penularan mesej kononnya kerajaan negeri memberi 'Bonus Rakyat 1Perak Ku (BR1PK)' menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Beliau berkata penularan mesej palsu itu merupakan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat terhadap kerajaan negeri.
"Mesej palsu begini sengaja diwujudkan bagi menimbulkan perasaan marah rakyat terhadap kerajaan negeri kita, ini tidak lebih daripada hanya perang propaganda pihak-pihak tertentu.
"Ramai orang telah menelefon untuk mendapatkan kepastian berkaitan perkara ini namun saya ingin nasihat rakyat ambil maklum bahawa tiada perkara seperti ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan bangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Basco Avenue, di sini hari ini.
Dalam mesej itu, satu link disertakan bagi memohon bonus berkenaan yang kononnya menawarkan RM750 kepada semua rakyat Perak yang berumur 16 hingga 55 tahun yang dibuka sehingga 29 Mei depan.
Sehubungan itu, Zambry meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan untuk melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya satu tindakan keras dapat diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.
"Saya harap SKMM akan tangkap mereka ini, tidak boleh biarkan eleman-elemen seperti ini berleluasa yang boleh mewujudkan suasana tidak baik dalam masyarakat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zambry berkata kerajaan negeri tiada perancangan untuk menempatkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di kawasan baharu buat masa ini, bagaimanapun sedang mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak Unit Perancang Ekonomi berhubung perkara ini.
"Saya tidak nafikan kami telah mengadakan beberapa siri perbincangan tapi biarlah saya umum apabila sampai waktunya, kalau sekiranya ada apa-apa perkembangan terkini," katanya. --BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bonus Rakyat 1Perak Ku
#mesej palsu
#Tular
#WhatsApp
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan