SAMARAHAN: Kerajaan Negeri Sarawak kini berstatus Kerajaan Sementara ataupun ‘caretaker government’ susulan penarikan Proklamasi Darurat (Sarawak) oleh Yang di-Pertuan Agong pada Rabu.
Jelas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, status itu bagaimanapun hanya menunggu pengumuman rasmi oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
“Secara teknikalnya, apabila Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) 2021 itu telah diangkat, ia (menjadi Kerajaan Sementara) berlaku dan seterusnya menunggu pengumuman rasmi oleh Tuan Yang Terutama,” katanya yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Cek Pampasan bagi Projek Bako / Sejingkat / Jalan Pesisir Samarahan (Sektor Samarahan) dan Tapak Baru bagi Pembesaran SK(A) Ibnu Khaldun serta Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 (Kediaman) di Dewan Seminar INTAN kampus Wilayah Sarawak dekat sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, Dewan Undangan Negeri Sarawak telahpun tamat maka Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 harus diadakan dalam tempoh 60 hari namun penentuan tarikh tersebut adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Ya darurat sudah ditamatkan. Ini bererti pilihan raya harus dilakukan dalam tempoh 60 hari dan bila pilihan raya diadakan itu terpulang lah kepada SPR untuk menentukannya. Saya difahamkan penamatan Proklamasi Darurat ini sudahpun diwartakan semalam.
“Ya secara teknikalnya memanglah sepatutnya Dewan Undangan Negeri dah tamat tapi disebabkan oleh Proklamasi Darurat, jadi PRN tidak dilakukan.
“Setelah ia ditamatkan, kita harus melaksanakan PRN dalam tempoh 60 hari.. (Persoalan) bila ia akan dibuat, itu bergantung kepada SPR,” katanya lagi.
Fadilah Sulaiman
Thu Nov 04 2021
AWANG TENGAH: Status itu bagaimanapun hanya menunggu pengumuman rasmi oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. - Astro AWANI
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Kerajaan sementara Bangladesh mahu jalin hubungan baik dengan semua negara
Kerajaan sementara negara itu mahu menjalinkan hubungan baik dengan semua negara termasuk India dan China.
Pemenang Hadiah Nobel Muhammad Yunus ketuai kerajaan peralihan Bangladesh
Keputusan untuk membentuk kerajaan sementara dibuat selepas perbincangan antara Shahabuddin, penyelaras dan pemimpin tentera.
Gencatan senjata di Sudan pada hari pertama Aidiladha
Pemimpin de facto Sudan yang juga ketua angkatan bersenjata mengumumkan gencatan senjata "unilateral" pada Selasa, sempena sambutan Aidiladha umat Islam.
Tindakan percepat BKM Fasa 4 tidak wajar - Bersih
Tindakan itu dilihat sebagai satu bentuk pengaruh tidak wajar dan melanggar konvensyen amalan kerajaan sementara yang diamalkan di negara-negara lain.
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
PRU15: Parlimen bubar, kerajaan sementara tadbir negara
Negara kini ditadbir oleh kerajaan sementara, dan segala urusan urusan kerajaan akan dijalankan oleh kerajaan berkenaan selepas Parlimen dibubarkan hari ini.
Kerajaan Negeri Sarawak kini berstatus kerajaan sementara
"Apabila Ordinan Darurat 2021 itu telah diangkat, ia menjadi Kerajaan Sementara dan seterusnya menunggu pengumuman rasmi oleh Tuan Yang Terutama."
Politik Melaka: Keabsahan kerajaan sementara di Melaka boleh dijadikan tauladan - Pakar
Pembentukan kerajaan sementara di peringkat negeri tidak termaktub dalam Perlembagaan Negeri berbanding Perlembagaan Persekutuan.
Taliban umum penambahan menteri Kabinet kerajaan sementara
Dalam pengumuman terbaharu Taliban, beberapa portfolio diperkenalkan seperti Menteri Pendidikan dan Menteri Pelarian.
Taliban umum Kabinet baharu kerajaan sementara di Afghanistan
Taliban mengumumkan Kabinet baharu bagi kerajaan sementara di Afghanistan.