SHAH ALAM: Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan dan Jawatankuasa Keusahawanan Selangor akan mengadakan perbincangan mengenai keperluan bagi pelaksanaan program Prosperity Empowerment and A New Normal for Indian Women (PENN) kepada golongan sasar di negeri itu.
Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor V Papparaidu berkata pihaknya menyambut baik inisiatif Kerajaan Perpaduan memperuntukkan dana khas RM50 juta kepada usahawan wanita India menerusi PENN dan sedia berkongsi maklumat untuk menjayakan program itu.
Beliau berkata pertemuan dengan rakan sejawat Mohd Najwan Halimi yang memegang portfolio belia, sukan dan keusahawanan negeri akan diadakan segera untuk berkongsi maklumat agar faedah daripada inisiatif berkenaan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh golongan sasar.
"Kami akan berbincang dan mencari kaedah bagi membantu memudah cara pelaksanaan program itu kepada golongan sasar.
"Kalau ada bantuan dan informasi yang diperlukan dari pihak kerajaan negeri, kita akan bantu kementerian atau agensi berkenaan untuk mencapai hala tuju program tersebut dalam masyarakat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Papparaidu berkata langkah diambil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pastinya menyuntik motivasi dalam kalangan usahawan kaum India, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup komuniti itu menerusi bidang keusahawanan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting berharap pengendalian dan agihan dana berkenaan dapat dibuat secara baik agar matlamat program PENN dalam memperkasa usahawan wanita India tercapai.
Sabtu lepas, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan mengumumkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan dana khas RM50 juta bagi memperkasakan usahawan wanita India menerusi program PENN.
Menurut Ramanan peruntukan menggunakan dana dalaman AIM itu memberi manfaat kepada lebih 7,100 Sahabat Usahawan India baharu dan menjadikan jumlah penerima manfaat daripada Skim Pinjaman Ikhtiar AIM kepada 10,200 orang termasuk 3,100 Sahabat Usahawan sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Papparaidu berkata, langkah KUSKOP menyuntik motivasi dalam kalangan usahawan kaum India dan membantu meningkatkan taraf hidup komuniti itu menerusi bidang keusahawanan. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KUSKOP sasar salur Dana PENN sepenuhnya hujung tahun ini - Ramanan
KUSKOP mensasarkan untuk menyalurkan keseluruhan Dana Khas PENN berjumlah RM50 juta yang disediakan kepada Sahabat Usahawan India AIM pada hujung tahun ini.
Kerajaan Negeri Selangor bantu memudah cara pelaksanaan program PENN - Exco
Pihaknya menyambut baik inisiatif kerajaan memperuntukkan dana khas RM50 juta kepada usahawan wanita India menerusi PENN.