Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Julai 2026.
 

  1. Pemain bola sepak maut dipercayai disambar petir di Melaka

    Seorang pemain bola sepak maut dipercayai disambar petir, manakala seorang pengadil cedera ketika perlawanan persahabatan di Padang Kompleks Rakan Muda Lendu, di sini, pada petang Ahad.
     

  2. Musim durian: Dua ulas memadai, 15 ulas ibarat satu hidangan penuh - Pakar diet

    Rakyat Malaysia masih boleh menikmati durian pada musimnya, namun kawalan pengambilan tetap penting bagi mengelakkan pengambilan kalori dan karbohidrat berlebihan, kata pakar diet Alpro Pharmacy, Khoo Wei Jin.
     

  3. Kejatuhan harga durian: PM Anwar akan runding dengan Li Qiang perluas pasaran ke China

    Nasib pekebun durian yang berdepan kejatuhan harga susulan musim raja buah itu yang berlaku hampir serentak di Semenanjung mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berjanji membawa isu itu ke meja rundingan bersama rakan sejawatnya dari China Li Qiang bulan depan.
     

  4. Tengku Zafrul sahkan Muhyiddin keluar surat cadangan lantik 54 kontraktor Jana Wibawa

    Menurutnya, Tan Sri Muhyiddin mengeluarkan surat mencadangkan pelantikan kontraktor bagi melaksanakan 54 projek di bawah Program Jana Wibawa secara rundingan terus. 
     

  5. Pelajar perempuan cedera ditikam di sebuah sekolah di Banting - Polis

    Seorang pelajar perempuan cedera selepas dipercayai ditikam oleh seorang wanita di sebuah sekolah di Banting pagi Isnin. 
     

  6. Kamil tempelak KJ, rasuah lebih bahaya daripada isu kaum

    Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri itu menyifatkan dakwaan bahawa kepentingan orang Melayu di Negeri Sembilan semakin terhakis di bawah Menteri Besar sekarang sebagai tidak berasas.
     

  7. Dialog PRN Johor: Apa keperluan? Orang Simpang Renggam masih tuntut janji Maszlee - Onn Hafiz

    Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mempersoalkan keperluan mengadakan dialog bersama calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik, kerana menyifatkan mereka bukan bertanding di kerusi yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

     
  8. Judi Piala Dunia: 554 ditahan di Malaysia, nilai pertaruhan lebih RM3.2 juta

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata kesemua suspek yang  ditahan disyaki terbabit dalam aktiviti pertaruhan haram dan perjudian dalam talian terdiri daripada 508 lelaki dan 46 wanita dengan 341 daripadanya warga tempatan, manakala 213 lagi warga asing.

     
  9. KKM sasar serap semua pegawai perubatan siswazah ke jawatan tetap menjelang 2028

    Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk menawarkan jawatan tetap kepada semua pegawai perubatan siswazah sebaik sahaja mereka menamatkan latihan siswazah menjelang 2028, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

     
  10. Ops Ulat KLIA: JPJ kesan pemandu e-hailing tidak guna aplikasi untuk raih keuntungan
     
    Operasi Ulat (Ops Ulat) dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 (T1) dan T2 mendapati terdapat pemandu e-hailing berlesen sengaja tidak menggunakan aplikasi tempahan bagi membolehkan mereka mengenakan caj lebih tinggi kepada pelancong untuk meraih keuntungan.

Must Watch Video

Advertisement