KUALA LUMPUR: Kerajaan giat memantau aktiviti haram yang telah menyebabkan ketirisan hasil seperti penyeludupan dengan usaha yang diterajui oleh Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Bercakap pada Mesyuarat Tahunan Kumpulan Asia/Pasifik mengenai Pengubahan Wang Haram (APG) di sini hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata terdapat projek yang sedang dijalankan untuk mendapatkan semula RM5 bilion dalam tempoh lima tahun berikutan kehilangan hasil akibat daripada penyeludupan rokok dan minuman keras.
"Perjuangan kita menentang jenayah berisiko tinggi ini akan terus disokong oleh kerjasama yang kukuh melibatkan agensi penguatkuasaan dan komuniti risikan kewangan.
"Secara keseluruhannya, saya ingin menegaskan bahawa komitmen ini yang melibatkan agensi kerajaan telah membuahkan hasil, apabila pada 2021, pendedahan laporan transaksi yang mencurigakan telah berjaya membawa kepada 70 tangkapan untuk pelbagai kesalahan, RM136 juta hasil jenayah telah dibekukan atau disita dan perolehan semula hasil lebih RM255 juta," katanya.
Beliau berkata Petunjuk Tadbir Urus Dunia turut menunjukkan bahawa Malaysia telah menambah baik kedudukannya berbanding 10 tahun lepas dari segi suara dan akauntabiliti, kualiti kawal selia, kedaulatan undang-undang dan kawalan terhadap dimensi rasuah.
"Pada masa sama, kedudukan kita lebih tinggi berbanding purata rantau Asia Timur dan Pasifik terutamanya dalam keberkesanan kerajaan dan dimensi kualiti kawal selia.
"Menyedari kepentingan pendekatan seluruh kerajaan, kami telah memperluas Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan (NCC) bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram kepada 17 agensi dan kementerian, tanpa itu, usaha Pencegahan Pengubahan Wang Haram/Membanteras Pembiayaan Keganasan yang berkesan di Malaysia tidak akan dapat dilaksanakan," katanya.
Tengku Zafrul berkata NCC telah mengesahkan pelan hala tuju yang membentangkan fokus strategik utama dan pelan tindakan nasional untuk 2021-2023 yang akan dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta.
"Menyedari keperluan untuk memerangi jenayah kewangan yang lebih sofistikated pada masa depan, pelan hala tuju itu juga akan mendorong kepada penggunaan sains data atau penyelesaian berasaskan teknologi yang lebih baik untuk meningkatkan kaedah pengawasan dan risikan kami.
"MyFINet ialah platform kerjasama awam-swasta kami yang sedia ada yang kini memberi tumpuan kepada rasuah, penyeludupan, kesalahan berkaitan sekuriti serta keganasan dan pembiayaan keganasan," katanya.
Pada masa depan, katanya skop MyFINet akan diperluas untuk menangani jenayah berisiko tinggi lain yang dikenal pasti dalam Penilaian Risiko Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
TENGKU ZAFRUL: Perjuangan kita menentang jenayah berisiko tinggi ini akan terus disokong oleh kerjasama yang kukuh melibatkan agensi penguatkuasaan dan komuniti risikan kewangan. - Gambar fail
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Saya diarah buka aduan kes rasuah terhadap Wan Saiful berkaitan projek Jana Wibawa - Saksi
Seorang pegawai SPRM berkata beliau diarahkan membuka aduan terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM6.9 juta daripada sebuah syarikat berhubung projek Jana Wibawa.
SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram
SPRM menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram.
Pengarah syarikat didakwa 17 pertuduhan terima wang hasil aktiviti haram lebih RM160 juta
Seorang pengarah syarikat didakwa atas 17 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, berjumlah lebih RM160 juta.
RoS sediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan - Saifuddin
RoS diarahkan untuk menyediakan laporan mengenai status ketidakpatuhan pertubuhan termasuk terlibat dalam aktiviti haram.
Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.
AS$681 juta dalam akaun Najib hasil aktiviti haram - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 adalah hasil daripada aktiviti haram.
Bintang porno nikah dengan kru sendiri di balai polis
Seorang bintang porno dan kru dari filem yang sama menikah di sebuah balai polis selepas ditahan pihak berkuasa kerana melakukan aktiviti haram tersebut.
Bekas eksekutif akaun firma guaman didakwa lupus, pindah, terima wang lebih RM1 juta
Bekas eksekutif akaun firma guaman Abu Zarin Haron sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan mengaku tidak bersalah atas 8 pertuduhan melupus, memindahkan dan menerima lebih RM1 juta.
Jurujual didakwa terlibat pengubahan wang haram RM1.2 juta
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.2 juta.
Suami isteri didakwa terlibat aktiviti haram babit RM6 juta
Sepasang suami isteri didakwa di dua Mahkamah Sesyen hari ini, masing-masing atas lima pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM6 juta, dua tahun lalu.