Tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah secara berleluasa boleh menyebabkan tanah yang diduduki penduduk di negeri ini tergadai, kata ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri telah menjual sejumlah besar tanah miliknya.
Dr Hilmi berkata tindakan itu langsung tidak menjaga kepentingan rakyat yang akan terbeban apabila sesuatu projek pembangunan yang dilaksanakan dijual dengan harga yang di luar kemampuan mereka.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjualan 49 peratus tanah hak milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kepada anak syarikat Ideal Properties, Q Island Development.
Secara tidak langsung, kerajaan negeri telah hilang sepenuhnya pemilikan terhadap Pulau Jerejak berikutan tindakan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kemas4u Semarak Desa di sini hari ini.
Dr Hilmi yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan negeri sepatutnya membangunkan sendiri kawasan tanah miliknya atau bekerjasama dengan pihak swasta bagi menjana ekonomi negeri serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
"Dengan mengekalkan hak milik tanah, kerajaan negeri boleh mengawal harga tanah supaya tidak dinaikkan di samping penduduk tempatan boleh menikmati manfaat yang berterusan," katanya.
Menurutnya, harga tanah yang telah dijual kepada para pemaju hartanah itu akan naik akibat faktor spekulasi dan mereka kemudiannya akan menjual projek hartanah ini dengan harga yang mahal.
"Kerajaan Barisan Nasional dulu tidak membuat demikian kerana ingin menjaga masa depan penduduk negeri supaya anak-anak, cucu-cucu mereka masih dapat memiliki rumah sendiri. Dalam hal ini, kerajaan negeri sekarang nampaknya tidak proaktif dan tidak mesra rakyat," katanya.
Katanya semasa kerajaan Barisan Nasional mentadbir negeri ini, kerajaan negeri memiliki lebih 2,000 hektar tanah namun sekarang sudah hampir habis dijual kepada pemaju untuk membangunkan pelbagai projek.
UDA Holdings, dalam satu kenyataan pada 8 Nov, mengesahkan mengadakan usaha sama dengan Q Island Development dalam projek itu, yang dijangka siap dalam masa lapan hingga 10 tahun. Jumlah kos tidak ditentukan.
Menurut UDA, pelan pembangunan semula pulau itu telah diluluskan kerajaan negeri. Empat hotel bertaraf lima bintang, 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5km akan dibina di pulau itu bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di Pulau Pinang. -- Bernama
Bernama
Sat Nov 19 2016
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri telah menjual sejumlah besar tanah miliknya. - Gambar fail
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Makanan tambahan: Dapatkan pandangan pakar sebelum berikan kepada bayi
Orang ramai perlu mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu sebelum memberikan makanan tambahan kepada bayi bagi mengelakkan risiko kepada anak mereka.
Kerajaan P. Pinang digesa henti jual tanah negeri kepada pemaju
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri telah menjual sejumlah besar tanah miliknya.
Pulau Pinang tingkatkan saringan sebagai langkah kawalan Zika
Kerajaan Pulau Pinang kini menjalankan saringan ketat di semua pintu masuk termasuk antarabangsa termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Pelabuhan Pulau Pinang.
Kementerian kesihatan sediakan kemudahan saringan kenal pasti tekanan emosi
Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu.