KUALA LUMPUR: Kerajaan memandang serius isu seorang lelaki bukan Islam yang dikatakan memurtadkan seorang wanita Islam bukan warga Malaysia, yang videonya tular baru-baru ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kes berkenaan kini dalam siasatan dan tindakan pihak polis.
Justeru, beliau meminta orang ramai memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.
"Kedudukan Islam adalah terjamin di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, manakala Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak dan kebebasan beragama untuk penganut agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia, termasuklah hak untuk menganutinya dan mengamalkannya.
"Pun begitu, penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam adalah tertakluk kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
"Fasal ini memberi kuasa kepada negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal penyebaran agama lain kepada orang Islam, termasuk mengekang sebarang cubaan untuk memujuk, membawa atau mengajak orang Islam keluar dari agamanya sama ada melalui dakyah, perkahwinan atau apa jua cara sekalipun.
"Hampir semua negeri di Malaysia mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam, yang digubal berdasarkan punca kuasa pada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Identiti lelaki dipercayai murtadkan wanita Islam sudah dikenal pasti - Polis
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pihaknya difahamkan bahawa Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam bagi Wilayah Persekutuan kini dalam proses akhir penggubalan dan ia merupakan antara keutamaan kerajaan dalam memperkasa perundangan syariah di Malaysia.
"Selain daripada penguatkuasaan undang-undang, kerajaan juga mengambil berat aspek dakwah dan pendidikan dalam menangani isu-isu berkaitan pengukuhan akidah.
"Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui Unit Konsultasi Akidah sentiasa berperanan sebagai hab khidmat nasihat, bimbingan dan istitabah kepada mana-mana umat Islam yang berhadapan dengan masalah ini," ujarnya.
Tambah Zulkifli, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyatakan komitmen bagi memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri dalam menangani isu seperti ini.
"Saya juga ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memandang ringan sebarang usaha yang boleh mengeruhkan hubungan antara agama khususnya melibatkan sensitiviti agama-agama di Malaysia.
"Dalam masa yang sama, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama badan bukan Kerajaan (NGO) bersedia dalam usaha memperkasa dakwah dan tarbiah kepada umat Islam khususnya dari sudut akidah dan kerohanian melalui pendekatan yang menyeluruh dan selari dengan Maqasid Syariah," jelasnya.
Zulkifli berkata, sebagai Pengerusi bersama Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Antara Agama (HARMONI) yang diterajui Kementerian Perpaduan Negara, beliau akan berusaha untuk memastikan sebarang polemik berkaitan agama akan diselesaikan dengan baik dan berhemah.
"Saya menyeru agar agar semua pihak dapat menghormati antara satu sama lain, serta tidak bertindak menyalahi lunas perundangan, terutama dalam perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan hubungan antara kaum supaya keharmonian kaum dan agama terus terpelihara di negara yang penuh barakah ini," tambahnya.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki berbangsa India mengaku memurtadkan wanita Islam menggunakan laman sosial Facebook.
Afiezy Azaman
Sun Feb 21 2021

ZULKIFLI: Kerajaan tidak akan memandang ringan sebarang usaha yang boleh mengeruhkan hubungan antara agama khususnya melibatkan sensitiviti agama-agama di Malaysia. - Gambar fail

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.

Polis Pulau Pinang utamakan terima laporan bukan pakaian pengadu
Polis Pulau Pinang menjelaskan keutamaan pasukan itu ialah untuk menerima laporan daripada pengadu dan bukan pakaian pengadu.
Kesedaran tentang rasuah bentuk jati diri bakal pemimpin
Tan Sri Azam Baki berkata, pengetahuan tentang antirasuah dan nilai etika boleh menjadi peringatan dan melindungi bakal pemimpin masa depan daripada terjerumus dalam rasuah.
Isham dipecat kerana masalah disiplin, kritik parti sesuka hati
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti, Isham Jalil adalah kerana masalah disiplin.

Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy
Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia.

Lebih 30,000 kes penipuan dalam talian babit kerugian RM1.3 bilion - Pengarah JSJK
PDRM menerima sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan nilai kerugian RM1.3 bilion.

Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil
Penyokong TFC meluahkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Jalinan usaha antara Malaysia dan IIFA perlu diteruskan - PM Anwar
Anwar mahu jalinan usaha yang konsisten dan dinamik antara Malaysia, menerusi Jakim dan IIFA di peringkat antarabangsa, diteruskan.

Jalinan usaha antara Malaysia dan IIFA perlu diteruskan - PM Anwar
Anwar mahu jalinan usaha yang konsisten dan dinamik antara Malaysia, menerusi Jakim dan IIFA di peringkat antarabangsa, diteruskan.

Jakim siasat isu letak daging babi di kaunter umum
Jakim mengambil langkah awal bersama pihak berkuasa negeri susulan tular video memaparkan sebuah pasar raya yang tidak mengasingkan kaunter jualan daging babi dengan kaunter umum.

Masalah 60 pelajar Pahang 'terkandas' di Mesir selesai - PM Anwar
Masalah 60 pelajar dari Pahang yang tidak dapat meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar di sini, disifatkan Anwar diselesaikan hasil perbincangan bersama Sheikh Al-Azhar Prof Dr Ahmed Al Tayyeb.

154 ajaran difatwakan sesat
Sebanyak 154 ajaran difatwakan sebagai sesat di negara ini sejak tahun 1950 hingga kini.

'Tiada perkahwinan sejenis didaftarkan dalam rekod JAKIM' - Mohd Na'im
Jelas beliau, mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, hanya perkahwinan antara lelaki dan wanita sahaja dibenarkan untuk didaftarkan.

Jakim pantau, pastikan kupasan modul hadis 40 sesuai pemahaman murid - Fadhlina
Fadhlina Sidek berkata perkara itu sangat penting bagi mengelak timbul isu di kemudian hari seperti salah tafsir hadis, sekali gus menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.

Pembangunan standard baharu halal Malaysia jadi penanda aras ke persada antarabangsa
Jabatan Standard Malaysia mengadakan seminar bagi membentangkan satu standard baharu di bawah siri standard halal Malaysia.

'Saya penat, berserah kepada Allah SWT' - Peniaga nasi ayam claypot
Ahmad Muzakin berkata, sejak isu itu tular, perniagaan berjalan seperti biasa, namun berdepan sedikit masalah susulan kekurangan staf.

Keputusan permohonan sijil halal wajib diberi dalam tempoh 30 hari bekerja - Ahmad Zahid
Keputusan bagi setiap permohonan untuk mendapatkan sijil halal, wajib diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja dan tiada alasan untuk ia dilewatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zah

Ajaran sesat 'Si Hulk' di Switzerland luar bidang kuasa kerajaan - Mohd Na'im
Ajaran sesat Suhaini Bin Mohammad atau 'Si Hulk' yang sedang tersebar di Switzerland bukan di bawah bidang kuasa kerajaan.