KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini berkata kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama, malah beliau sendiri telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara pagi tadi, bagi berbincang lanjut situasi tegang di Timur Tengah (Asia Barat) itu.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan pegawai-pegawai kanan kerajaan lain.
Beliau berkata mengambil kira perbincangan yang telah diadakan semalam, mesyuarat yang diadakan dua hari berturut-turut termasuk hari ini, menunjukkan perhatian serius kerajaan MADANI terhadap isu Asia Barat, selain usaha yang diambil untuk memastikan Malaysia dan rakyatnya tidak terjejas oleh situasi terbabit.
Dalam perkembangan sama, Anwar berkata Malaysia bersama negara-negara bertamadun lain, menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Asia Barat.
"Terdapat tanda yang jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi. Pelancaran dron-dron oleh Iran merupakan tindakan yang sah, berikutan serangan biadab oleh rejim Zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik.
"Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa-apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel," katanya.
Anwar berkata kunci penyelesaian kepada isu berkenaan ialah penyelesaian serta-merta yang adil terhadap keadaan tidak berperikemanusiaan di Gaza.
"Oleh itu, perhatian masyarakat antarabangsa mesti ditumpukan kepada isu ini, tanpa gangguan lain. Gencatan senjata yang berkekalan mesti diwujudkan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.
"Dalam hal ini, sumbangan Malaysia terbaru sebanyak 100 kontena dijangka akan berlepas pada 27 April ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Anwar berkata Malaysia bersama negara-negara bertamadun lain, menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Asia Barat. - Gambar FB Anwar Ibrahim
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Ahmad Zahid ucap tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai PM Singapura
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.