KUALA LUMPUR: Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Lawrence Wong atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri keempat Singapura.
Wong yang secara rasmi memegang jawatan itu setelah mengangkat sumpah di Istana, Singapura pada Rabu malam telah menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Antara yang terawal mengucapkan tahniah kepada Wong ialah Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, yang menyatakan optimisme terhadap masa depan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.
"Tahniah kepada @LawrenceWongST. Selama beberapa dekad UK dan Singapura telah bekerjasama dalam perdagangan, keselamatan, dan teknologi, yang dipelopori oleh @leehsienloong. Saya tahu hubungan itu akan terus berkembang di tahun-tahun akan datang melalui Perkongsian Strategik kita," katanya dalam hantaran di X.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, di laman sesawang rasmi Jabatan Negara AS, juga menyampaikan ucapan tahniah kepada Wong atas jawatan baharunya itu.
"Kami menantikan kerjasama dengan Perdana Menteri Wong untuk terus memperkuatkan perkongsian strategik AS-Singapura dan menegakkan norma dan piawaian antarabangsa di rantau Indo-Pasifik dan di seluruh dunia.
"Kami juga akan terus memperkukuhkan hubungan ekonomi, keselamatan, dan antara masyarakat yang kuat demi manfaat rakyat Amerika dan Singapura," kata kenyataan yang memetik ucapannya.
Blinken juga mengucapkan terima kasih kepada Lee yang telah mengundur diri daripada jawatannya atas sumbangan besar beliau selama 20 tahun lepas, yang telah mengukuhkan perkongsian mendalam dan berkekalan antara negara-negara dan memajukan visi bersama untuk Indo-Pasifik yang stabil, selamat, dan makmur.
Sementara itu, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh pada Rabu mengutus surat tahniah kepada Wong yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).
Wong, 51, menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah memimpin Singapura selama hampir 20 tahun.
Upacara yang disiarkan secara langsung di televisyen dan penstriman di platform media sosial, dimulai dengan lagu kebangsaan, "Majulah Singapura" diikuti dengan ucapan Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Perdana Menteri yang baharu dilantik, dalam ucapan sulungnya, berkata kerajaannya akan memperkuatkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Wong berjabat tangan dengan Lee selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura keempat di Istana, Singapura, 15 Mei 2024. REUTERS
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.