awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perak sekali lagi tegaskan Air Terjun Tanjung Batu tidak musnah - Exco

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
26/01/2021
12:19 MYT
Kerajaan Perak sekali lagi tegaskan Air Terjun Tanjung Batu tidak musnah - Exco
Mohd Akmal berkata, setakat ini, air terjun yang berada dalam kompartmen 15 dan dikenali dengan nama Teluk Sera masih terpelihara. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kerajaan negeri Perak sekali lagi menegaskan dakwaan yang dibuat Persatuan Aktivis Sahabat Alam berhubung kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari, Manjung, Perak musnah akibat aktiviti kuari tidak benar sama sekali.
Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, setakat ini, air terjun yang berada dalam kompartmen 15 dan dikenali dengan nama Teluk Sera masih terpelihara.
"Saya melihat sendiri dengan rakan-rakan tadi dan ia tidak tercemar dan masih terpelihara.
"Alhamdulillah, (kemushanah air terjun itu) tidak benar (dan) yang berlaku adalah di tempat lain.
"Keadaan itu dimaklumkan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan hasil siasatan mendapati terdapat pelanggaran syarat. Kertas siasatan berhubung isu itu juga telah dibuka jabatan berkaitan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.
BACA: Air Terjun Tanjung Batu, Segari masih terpelihara, yang tular alur air bermusim- Exco Perak
Dalam pada itu, Mohd Akmal mengulangi penegasannya bahawa air terjun berkenaan masih terpelihara dan langsung tidak terjejas selain berada di luar kawasan aktiviti kuari.
Jelas beliau, kawasan yang didakwa terjejas sebenarnya adalah alur air bermusim yang wujud apabila berlaku hujan lebat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, pihak terlibat telah diarahkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan segera di kawasan terjejas bermula 21 Januari lalu.
Air Terjun | Kerajaan Perak nafi dakwaan air terjun musnah sebab aktiviti kuari
"Kerja-kerja penyelenggaraan ini akan dipantau oleh tiga agensi, terutamanya JAS, Jabatan Perhutanan Perak dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
"Jika kerja-kerja penyelenggaraan ini tidak mencapai kehendak dan piawaian sepatutnya, kita tidak akan menyambung lesen pada masa akan datang," tegasnya.
Terdahulu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) susulan kerosakan yang berlaku di Hutan Simpan Segari, Melintang.
Topic Berkaitan
#Exco
#air terjun tanjung batu
#Perak
#Hutan Simpan Segari Melintang
#kuari
#alam musnah
#tanah runtuh
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan