Skip to main content

Malaysia

Kerajaan perkukuh ekosistem pekerjaan gig secara adil dan inklusif

platform ekonomi gig FB Ramanan Ramakrishnan Official Media
R. Ramanan berkata, bagi tujuan itu, satu sesi libat urus bersama penyedia platform ekonomi gig iaitu Grab, Foodpanda, GoGet, ShopeeFood, Lalamove, Bolt, Halo Delivery, Kiddocare dan FastGig telah diadakan. - Gambar Facebook R. Ramanan

KUALA LUMPUR: Usaha memperkukuh ekosistem pekerjaan gig sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam menyediakan persekitaran yang lebih mampan, adil dan inklusif untuk pekerjanya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, bagi tujuan itu, satu sesi libat urus bersama penyedia platform ekonomi gig iaitu Grab, Foodpanda, GoGet, ShopeeFood, Lalamove, Bolt, Halo Delivery, Kiddocare dan FastGig telah diadakan.

Advertisement

Beliau berkata, perbincangan tersebut merangkumi aspek perlindungan sosial, kebajikan pekerja dan kefahaman perundangan kepada penyedia platform perkhidmatan.

"Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, setiap isu dan pandangan yang dibangkitkan dalam sesi bersama pekerja gig sebelum ini akan saya bawa ke peringkat libat urus seterusnya bersama pemegang taruh lain, termasuk wakil pekerja dan pihak berkepentingan berkaitan, bagi memastikan pendekatan yang diambil bersifat menyeluruh dan seimbang," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Khamis.

Ramanan berkata, Kerajaan MADANI sentiasa komited untuk memastikan perkembangan ekonomi gig selari dengan agenda pembangunan modal insan negara, selain mewujudkan keseimbangan yang adil antara kepentingan pekerja dan kelangsungan perniagaan platform gig demi kemakmuran bersama.

-- BERNAMA

Must Watch Video