awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu bantu KWSP ganda pendapatan, mulakan fasa pemulihan - MTUC

Israr Khalid
Israr Khalid
16/03/2022
22:03 MYT
Kerajaan perlu bantu KWSP ganda pendapatan, mulakan fasa pemulihan - MTUC
Defisit simpanan pencarum yang membuat pengeluaran sewaktu pandemik harus diisi semula. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu diberi suntikan daripada kerajaan untuk menggandakan pendapatannya dengan membuat lebih banyak pelaburan di luar negara.
Ia bagi menampung keperluan untuk badan itu melaksanakan pelan pemulihan simpanan pencarum selepas beberapa siri pengeluaran ekoran pandemik.
Demikian dijelaskan Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani, kepada Astro AWANI dalam satu temu bual pada Rabu.
Katanya, mekanismenya harus dirangka dan digerakkan oleh kerajaan supaya para pencarum yang terkesan ketika tempoh pandemik dapat mengembalikan defisit dalam akaun mereka supaya simpanan dapat menjamin kehidupan yang selesa selepas persaraan.
“Kerajaan harus mengorak langkah bagaimana kita nak buat pelan pemulihan untuk mereka yang bersara dan akan bersara, dan KWSP sendiri mempunyai pengurusan kewangan yang baik.
“Harus juga ada inisiatif untuk memberikan lebih banyak projek, membenarkan KWSP membuat pelaburan yang lebih banyak di luar negara sebagai contoh untuk memastikan dana KWSP cukup untuk membantu menjana pendapatan tambahan kepada pencarum untuk simpanan hari tua nanti,” katanya.
Selain itu untuk mengembangkan dana KWSP, beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menaikkan kadar gaji minima agar pencarum dapat menyumbang kepada akaun mereka dengan lebih selesa.
Seiring itu, mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih juga boleh disaran untuk menambah kadar caruman mereka.
“Turun ke 9 peratus itu pun melibatkan kos besar kepada KWSP, tapi mungkin boleh pergi kepada 11, 12 atau 13 peratus.
“Caruman majikan juga boleh dinaikkan bagi membantu supaya pencarum (secara kolektifnya) mempunyai kelestarian hidup selepas bersara nanti.”
Tonton temu bual penuh Effendy bersama hos Essan Yahya dalam program Agenda AWANI, di sini:
Kerajaan perlu bantu KWSP ganda pendapatan, mulakan fasa pemulihan - MTUC
Agenda AWANI: Pengeluaran KWSP RM10,000 | Pencarum lega?
Topic Berkaitan
#KWSP
#MTUC
#pelaburan
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan