KUALA LUMPUR: Kerajaan disarank mengambil langkah berhati-hati dalam menggunakan setiap ruang fiskal yang ada selepas pelbagai pakej rangsangan dan bantuan tidak langsung telah disalurkan bagi mengurangkan impak krisis kesihatan susulan pandemik COVID-19.
Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Prof Madya Mohd Yusof Saari berkata ia bagi memastikan suntikan fiskal berkenaan mampu memberi impak yang maksima.
Pada masa sama, suntikan berkenaan membantu mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pada masa akan datang, tambah beliau.
"Saya melihat bahawa kita juga perlu berhati-hati dalam menggunakan setiap ruang fiskal yang kita ada atau suntikan langsung kepada ekonomi kerana kita kena faham banyak pakej rangsangan sebelum ini melibatkan suntikan tidak langsung seperti moratorium dan iSinar. Itu adalah suntikan tidak langsung oleh kerajaan. Manakala, suntikan langsung oleh kerajaan seperti bantuan isu rumah atau wang-wang tunai lain.
"Kita bimbang juga jika kita terlalu ghairah untuk berbelanja dan memberi suntikan, ia nanti boleh memberi kesan sampingan untuk tahun-tahun akan datang kepada ekonomi dan kerajaan," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kerajaan akan mengusulkan cadangan pindaan bagi melonggarkan peraturan had hutang untuk menyokong pelan pemulihan ekonomi berdasarkan kemampuan keberhutangan negara.
Sehingga akhir Jun tahun ini, paras hutang statutori telah mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dibenarkan.
Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata kebergantungan terhadap suntikan fiskal semata-mata adalah tidak mencukupi, sebaliknya tumpuan perlu diberikan untuk memastikan sektor ekonomi kembali dibuka.
Katanya, pembukaan ekonomi akan membuka peluang pekerjaan, sekali gus menambah pendapatan rakyat.
Berkenaan cadangan untuk memperkenalkan cukai terhadap keuntungan luar biasa pula, Mohd Yusof menyifatkan ia satu cadangan yang baik berbanding memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Jelas beliau, ketika ini masih terdapat segelintir syarikat yang menikmati manfaat daripada situasi pandemik.
"Saya berpandangan positif kerana ketika mana kita menangani perkara luar jangka seperti ini, kita juga memerlukan pelan luar jangka termasuk percukaian.
"Jadi, saya kira itu satu keadaan yang baik daripada kita memperkenalkan semula GST. Maksudnya, kita mengenakan cukai yang lebih kepada mereka atau perniagaan yang mendapat keuntungan besar ketika pandemik COVID-19," ujar beliau.
Dalam perkembangan sama, Mohd Yusof berpandangan kajian menyeluruh perlu dilakukan ke atas semua pakej-pakej rangsangan yang diperkenalkan kerajaan dalam menentukan keberkesanan dan menambahbaik inisiatif tersebut.
Malaysia memasuki hari ke-500 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu.
Sehingga kini, kerajaan melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi dengan nilai melebihi RM530 bilion, termasuk lebih RM80 bilion suntikan fiskal kerajaan.
Ia dijangka memberi manfaat kepada lebih 20 juta individu dan 2.4 juta perniagaan.
Hasimi Muhamad
Fri Jul 30 2021
Sehingga kini, kerajaan melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi dengan nilai melebihi RM530 bilion, termasuk lebih RM80 bilion suntikan fiskal kerajaan - Gambar fail
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.