awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu mempercepatkan pemberian vaksin di Sabah - Jafry

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
20/07/2021
08:35 MYT
Kerajaan perlu mempercepatkan pemberian vaksin di Sabah - Jafry
Jumlah populasi yang selesai juga harus mencapai kadar 60 peratus bagi membuka semula sektor pelancongan yang menjadi salah satu sektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah, kata Datuk Jafry Ariffin. -Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan pusat perlu mempercepatkan pemberian bekalan vaksin COVID-19 di Sabah, selain perlu lebih telus berhubung perkara itu.
Demikian gesaan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin yang melihat situasi masih ramai rakyat di negeri itu belum menerima janji temu vaksin.
"Sabah menjadi satu-satunya negeri yang jauh ketinggalan dalam pemberian vaksin COVID-19 berbanding negeri lain.
"Sehingga 17 Julai 2021, pencapaian pemberian dos vaksin bagi negeri Sabah hanya 13.0 peratus yang melibatkan 358, 592 orang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ujar beliau, untuk mencapai 40 peratus daripada populasi yang layak divaksinasi, maka bekalan vaksin ke negeri berkenaan bagi Julai sehingga pertengahan Ogos mesti mencapai 1,489,536 dos.
Tambah Jafry lagi, hanya menerusi proses vaksinasi sahaja yang mampu mempercepatkan pemulihan ekonomi di Sabah.
Malah, kebergantungan ekonomi negeri itu terhadap sektor pelancongan juga tinggi. Justeru jumlah populasi yang selesai divaksin mesti mencapai kadar 60 peratus bagi membuka semula sektor tersebut.
"Sekiranya imuniti berkelompok mampu dicapai menjelang oktober depan, pastinya pelancongan domestik boleh membangun semula dengan pantas diikuti pembukaan sempadan negara sekali gus menerima kedatangan pelancong antarabangsa," jelasnya.
Topic Berkaitan
#bekalan vaksin
#Sabah
#Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
#Datuk Jafry Ariffin
#sektor pelancongan
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan