KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempertimbangkan kelulusan penggunaan ubat pil Paxlovid Pfizer iaitu ubat oral pertama dalam merawat pesakit COVID-19.
Menurut Profesor Madya Dr Malina Osman meskipun terdapat kekurangan data, namun penggunaan pil terbabit kepada golongan berisiko tinggi dijangka dapat mengurangkan beban sektor perkhidmatan kesihatan awam di negara ini.
"Saya berpendapat wajar kita perlu pertimbangkan penggunaan Paxlovid Pfizer ini untuk sistem perkhidmatan kesihatan kita.
"Walau bagaimanapun, ubat apabila mula dipasarkan, harganya agak mahal. Kita harap dalam masa tempoh terdekat (kerajaan) memikirkan keperluannya untuk bergerak ke arah fasa endemik, dan juga keperluan kita teruskan mengurangkan beban sistem perkhidmatan kesihatan," jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Jumaat.
Jelas Prof Dr Malina, keberkesanan ubat terbabit dalam mengurangkan gejala COVID-19 terhadap pesakit tahap satu hingga tiga, sedikit sebanyak memberi ruang kepada negara memasuki fasa endemik.
"Kita tahu sistem perkhidmatan kesihatan perlu dipertimbangkan (strategi) agar boleh bergerak ke fasa endemik atau tidak.
"Jadi saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan untuk meluluskan juga penggunaan ubat tersebut di Malaysia," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai pil Paxlovid Pfizer, tambah Prof Dr Malina, keberkesanan pil berkenaan dalam kadar 89 hingga 90 peratus mengurangkan komplikasi terhadap pesakit COVID-19.
Ia membolehkan rawatan diberikan di rumah berbanding di hospital.
Bagaimanapun tambahnya, ubat terbabit tidak boleh menggantikan vaksin, sebaliknya hanya untuk mengurangkan serangan virus dalam badan.
"Paxlovid Pfizer ini digunakan untuk merawat jangkitan covid peringkat ringan dan sederhana tahap 1 hingga 3 bagi mengelakkan mereka mendapat komplikasi menyebabkan kemasukan ke hospital.
"Ubat ini akan diberikan kepada pesakit untuk mereka terus berada di rumah. Pemberian ubat tersebut,dapat beban rawatan di hospital dapat dikurangkan.
"Dalam masa sama, ubat ini dalam tempoh lima hari, dua kali sehari dapat mengurangkan gejala berkenaan. Didapati 89 peratus berkesan mengurangkan kemasukan ke wad dan kadar kematian," katanya lagi.
Sehingga kini, Paxlovid Pfizer iaitu gabungan dua ubat, nirmatrelvir (ubat antivirus) dan ritonavir (bagi mengekalkan paras darah nirmatrelvir untuk keberkesanan antivirus) digunakan di beberapa buah negara di Eropah serta Amerika Syarikat (AS), bagi mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian.
Terbaharu, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura turut mengambil langkah sama dengan meluluskan penggunaan ubat terbabit.
Fareez Azman
Fri Feb 04 2022
Dr Malina berkata, meskipun terdapat kekurangan data, namun penggunaan pil terbabit kepada golongan berisiko tinggi dijangka dapat mengurangkan beban sektor perkhidmatan kesihatan awam di negara ini. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Kerajaan perlu pertimbang penggunaan Paxlovid Pfizer, strategi tambahan fasa endemik - Pakar
Ubat terbabit tidak boleh menggantikan vaksin, sebaliknya berpotensi merawat dan mengurangkan serangan virus dalam badan.
Singapura luluskan rawatan oral pertama untuk COVID-19
Singapura meluluskan PAXLOVID Pfizer sebagai ubat pil pertama untuk rawatan COVID-19 dengan gejala ringan hingga sederhana bagi pesakit dewasa yang berisiko tinggi.