Skip to main content

Malaysia

Kerajaan perlu ubah pendekatan pembangunan ekonomi mengikut negeri - Bung Moktar

81627451004_BungMoktarRadin.jpg
81627451004_BungMoktarRadin.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk mengubah pendekatan melaksanakan pembangunan ekonomi mengikut negeri dan wilayah.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) memohon Sabah diberi kuasa autonomi untuk menguruskan dana pembangunan dan ekonomi negeri itu bersendirian.

"Saya ingin memohon kerajaan Persekutuan, kita kena ubah cara pendekatan melaksanakan pembangunan ekonomi mengikut negeri dan wilayah. Perancangan yang baik tapi pelaksanaan yang kurang baik maka ia akan menjadikan perancangan yang tidak baik.

"Saya bagi pihak kerajaan Sabah ingin memohon, beri Sabah autonomi untuk menguruskan dana pembangunan dan ekonomi bagi memastikan Sabah terkeluar dari garis kemiskinan yang tertinggi di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, kerajaan Persekutuan perlu memberi ruang kepada Sabah untuk merancang dan menentukan projek yang perlu dilaksanakan di negeri itu.

"Kalau Sabah ada peruntukan RM5 bilion atau RM6 bilion setahun, bagi kepada Sabah biar kami rancang dan tentukan projek yang perlukan dilaksanakan. Sudah 58 tahun, tapi Sabah masih menjadi sebagai negeri termiskin di negara ini," ujarnya.

Katanya, kerajaan Persekutuan perlu memastikan wilayah Sabah juga membangun seperti wilayah-wilayah lain.

Must Watch Video

Advertisement