awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perpaduan tidak bersikap kuku besi - Fahmi

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2023
11:38 MYT
Kerajaan Perpaduan tidak bersikap kuku besi - Fahmi
Fahmi berkata, beliau turut bersedia bertemu dengan mana-mana pihak bagi meneliti perkara yang dibangkitkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil memberi jaminan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bersikap kuku besi terhadap organisasi media.
“Jaminan saya adalah kita tidak akan bersikap kuku besi seperti yang berlaku dalam pentadbiran-pentadbiran sebelum ini. Itu jaminan saya berikan kepada rakan-rakan media.
“Sepanjang saya berkhidmat sebagai Menteri KKD, tiada seorang pun wartawan ditahan pihak polis. Tidak ada satu akhbar pun yang telah ditutup seperti pernah berlaku sebelum ini.
"Sudah pasti ini adalah satu perkara yang kita akan pertahankan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Kita Madani Aspirasi Malaysia 2023 peringkat Wilayah Persekutuan di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan beberapa pihak terhadap kerajaan susulan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat kandungan oleh portal berita sebelum ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau turut bersedia bertemu dengan mana-mana pihak bagi meneliti perkara yang dibangkitkan.
Jelasnya, langkah itu bagi membolehkan pihak terlibat memahami dengan jelas tindakan berlandaskan undang-undang yang diambil tersebut.
Pada Selasa, lapan tokoh media tampil mendesak SKMM supaya tidak bertindak seolah-olah 'big brother' atau abang besar dalam menyekat kandungan dalam talian.
Lapan tokoh itu terdiri Tan Sri Johan Jaafar, Datuk A. Kadir Jasin, Datuk Chamil Wariya dan Datuk Hussamuddin Yaacub.
Turut bersama, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Dr G Manimaran.
Ia susulan tindakan SKMM yang telah memanggil pengamal media untuk memberi penjelasan mengenai kandungan yang mereka bawa menerusi portal berita dan laman dalam talian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#kuku besi
#Kebebasan Media
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan