awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perpaduan tidak ketepikan agenda umat Islam, Melayu - Zahid

Bernama
Bernama
23/07/2023
11:00 MYT
Kerajaan Perpaduan tidak ketepikan agenda umat Islam, Melayu - Zahid
Ahmad Zahid berkata Kerajaan Perpaduan sentiasa mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. -Bernama
GUA MUSANG: Kerajaan Perpaduan tidak pernah mengetepikan agenda pembangunan untuk umat Islam serta orang Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan sentiasa mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Bukan mahu membela kepimpinan kerajaan ini tetapi hakikatnya ada empat perkara iaitu kedudukan agama, Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu serta Bahasa Melayu tidak ada kompromi itu asas Kerajaan Perpaduan diwujudkan.
"Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan sebut martabat, darjat dan harkat Raja yang menjadi prinsip kami. Kami pertahankan soal kedudukan istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya sambil menambah kerajaan juga tidak mengetepikan hak bangsa dan agama lain.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada Program Silaturahim Timbalan Perdana Menteri bersama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata meskipun beliau bukan menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama, namun komitmen untuk membangunkan umat Islam merupakan keutamaannya.
Beliau berkata antara perkara yang sedang dilakukan adalah dengan memberi peluang kepada huffaz dari maahad tahfiz berdaftar seluruh negara untuk melanjutkan pelajaran di pusat pendidikan berkaitan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
"Ada lebih 3,000 TVET di seluruh negara dan apa yang berlaku adalah ramai huffaz saya kumpulkan untuk menceburi TVET...kini ramai antara mereka (huffaz) menjadi jurutera dan sebagainya, malah ada yang bekerja di luar negara," katanya dan menambah usaha ini juga adalah kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Kerajaan Perpaduan
#Raja-raja Melayu
#hak keistimewaan orang Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan