PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan akan mengadakan mesyuarat bersama kerajaan negeri Johor bagi menyelaras beberapa dasar untuk memastikan pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat disegerakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perbincangan tersebut yang akan diadakan dalam masa terdekat akan dikendalikan oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi pihak Kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan pusat akan menyelaras beberapa perkara bersama dengan kerajaan negeri Johor dan beberapa mesyuarat akan dimulakan dalam masa terdekat bagi menyelaras beberapa dasar di peringkat pusat dan negeri dan memastikan usaha untuk membentuk zon ekonomi khas ini dapat dipercepat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Bagaimanapun, Fahmi berkata mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan secara spesifik berkenaan lokasi yang akan ditentukan sebagai JS-SEZ.
"Tiada maklumat khusus yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Ia lebih kepada menetapkan dasar yang akan diatur dan diselaraskan oleh semua kementerian," katanya.
Awal bulan ini, Malaysia dan Singapura menandatangani memorandum persefahaman (MoU) JS-SEZ dalam usaha mengukuhkan jalinan ekonomi antara kedua-dua negara.
Menerusi MoU itu, Malaysia dan Singapura akan berusaha untuk memudahkan urusan keluar masuk sempadan untuk kesenangan rakyat, sekali gus menambah baik ekosistem dan kerjasama ekonomi.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk bekerja bersama dalam perjanjian JS-SEZ itu dan juga Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 yang akan diadakan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Bagaimanapun, Fahmi berkata mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan secara spesifik berkenaan lokasi yang akan ditentukan sebagai JS-SEZ. - Gambar Bernama
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
RM9 bilion KPS ganti paip lama seluruh negara
Kos diperlukan bagi menggantikan paip-paip lama seluruh negara mencecah sembilan bilion ringgit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
Abang Johari memaklumkan nama dua anak mendiang Joanna akan didaftarkan di yayasan sarawak`bagi mendapat sokongan pendidikan.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
JS-SEZ wujud 100,000 peluang pekerjaan berkualiti - Onn Hafiz
Projek berimpak tinggi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka mewujudkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi.
Perjanjian bersama JS-SEZ akan dimeterai pada akhir tahun ini
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura dijangka ditandatangani pada akhir tahun ini, menurut Kementerian Ekonomi.
Kerajaan Persekutuan akan bermesyuarat untuk mempercepatkan pembentukan JS-SEZ
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan mesyuarat bersama kerajaan negeri Johor bagi menyelaras beberapa dasar untuk memastikan pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat disegerakan.
Malaysia, Singapura teroka inisiatif pacu Zon Ekonomi Khas JS-SEZ
Malaysia dan Singapura bersedia untuk meneroka beberapa inisiatif bagi memacu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Kerajaan disaran laksana sistem kod QR di CIQ Johor, lancarkan JS-SEZ
Ini antara tiga cadangan kerajaan negeri dalam usaha kerajaan Malaysia dan Singapura menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).