Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM17 juta bagi menjalankan projek menangani hakisan pantai di Pantai Kundur dan Pantai Mek di sini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi berkata projek sepanjang tiga kilometer dijangka bermula seawal Februari tahun depan dengan proses tawaran tender dibuat bulan depan.
"Sebelum ini kita telah melaksanakan projek kecemasan di kawasan berkenaan selepas melakukan kajian berikutan kedua-dua pantai berkenaan terhakis dengan teruk sehingga memusnahkan rumah penduduk sejak 2010.
"Justeru, sebagai langkah jangka panjang, kita akan melaksanakan projek hakisan ini yang mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan bagi menangani masalah tersebut daripada berulang," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek hakisan pantai di Pantai Cahaya Bulan yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha di sini, pada Rabu.
Wan Junaidi berkata skop projek berkenaan membabitkan antaranya penambakan pasir serta pembinaan lapis pindung batu.
Ditanya mengenai persiapan banjir, Wan Junaidi berkata Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) dijangka dapat digunakan pada hujung tahun ini.
Beliau berkata sistem berkenaan yang dipasang di kawasan hulu di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan kos RM15 juta itu boleh memberi amaran kepada pasukan penyelamat sekurang-kurangnya dua hari sebelum banjir melanda.
Sementara itu, kementerian dalam kenyataan yang diedarkan kepada media kemudian, berkata Kajian Hakisan Pantai Negara (NCES) yang dilaksanakannya menerusi JPS pada 2015 bagi menilai dan meneliti isu hakisan pantai secara menyeluruh telah siap.
"Hasil kajian tersebut mendapati 15.3 peratus daripada keseluruhan 8,840 km panjang pantai di negara ini mengalami hakisan dengan Kelantan menghadapi masalah hakisan paling serius.
"Panjang keseluruhan pantai di Kelantan adalah 179.5 km dengan 19.8 km (11 peratus) daripada pantai tersebut telah mengalami hakisan dengan Pantai Pulau Kundur dan Pantai Mek Mas merupakan yang teruk terjejas apabila terhakis antara 10 dan 18 meter setahun," demikian menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2017
Wan Junaidi (kiri) melawat projek kawalan hakisan Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan pada Rabu. -fotoBERNAMA
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.