Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Kerajaan Persekutuan terus perkukuh kerjasama dengan Kelantan - PM Anwar

Anwar berkata perbincangan itu merangkumi sokongan dalam pelbagai sektor termasuk infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial. - Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar berkata perbincangan itu merangkumi sokongan dalam pelbagai sektor termasuk infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial. - Foto FB Anwar Ibrahim

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dan kebersamaan dengan Kerajaan Negeri Kelantan demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, hari ini.

Beliau berkata perbincangan itu merangkumi sokongan dalam pelbagai sektor termasuk infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan lancar.

“Insya-Allah, kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement