KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan model baharu dengan mengguna pakai kaedah pajakan terhadap mana-mana produk, aset dan perkhidmatan pengangkutan seperti tren bagi memaksimumkan jangka hayatnya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata menerusi kaedah ini kerajaan tidak lagi memfokuskan kepada usaha membeli aset baharu, sebaliknya menggunakan kaedah yang membolehkan pihak melakukan pajakan turut bertanggungjawab terhadap aspek penyelenggaraan.
"Tak perlu kita beli aset baharu, tapi kita pajak produk dan kemudahan itu sebab banyak sektor pengangkutan terutama syarikat penerbangan, mereka tidak beli pesawat mereka pajak pesawat itu.
"Kalau kita pajak ia juga merangkumi proses penyelenggaran supaya pihak yang pajak aset itu mereka juga bertanggungjawab untuk pastikan aset dapat digunakan secara maksimum sepanjang masa termasuk penyelenggaraan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berhubung perancangan Kementerian Pengangkutan dalam menguruskan isu penyelenggaraan tren yang dianggarkan menelan kos lebih kurang RM250 juta supaya tidak berlaku masalah teknikal sepanjang musim perayaan.
Loke yang mengakui isu penyelenggaran sebagai isu besar dalam perkhidmatan kereta api bagaimanapun berkata perkara itu akan dibincang dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi melihat kesesuaian model itu dalam memaksimumkan perkhidmatan pengangkutan.
Sementara itu menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung stesen tambahan di sepanjang Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru, Loke berkata pihaknya menggalakkan usaha perkongsian awam-persendirian dengan kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Keretapi Tanah Melayu Behad (KTMB).
"Iaitu stesen ini tidak semestinya dibina kerajaan, umpamanya di sekitar stesen itu jika ada pembangunan perumahan antara perkara kita boleh laksanakan sebelum luluskan rancangan pembangunan ialah mewajibkan pemaju bina stesen tambahan dengan kosnya kepada mereka (swasta)," katanya.
Beliau berkata sekiranya pemaju sanggup mengeluarkan kos bagi pembinaan stesen tambahan yang menghubungkan kawasan perumahan dengan stesen berkenaan, langkah itu dilihat boleh meningkatkan nilai pembangunan dan hartanah di kawasan pemaju.
Menjawab soalan asal Wong berhubung bilakah Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru disiapkan sepenuhnya, Loke berkata projek sepanjang 192 kilometer itu dijadualkan siap sepenuhnya pada 21 April 2025.
Beliau berkata KTMB mempunyai perancangan memperkenalkan perkhidmatan KTM Komuter di sektor selatan bagi laluan Gemas-Paloh-Johor Bahru.
Menurutnya MOT menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan set tren elektrik baharu secara pajakan untuk digunakan bagi perkhidmatan KTM Komuter di sektor selatan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Menerusi kaedah ini, kerajaan tidak lagi memfokuskan kepada usaha membeli aset baharu, sebaliknya menggunakan kaedah yang membolehkan pihak melakukan pajakan turut bertanggungjawab terhadap aspek penyelenggaraan. - Gambar fail/Bernama
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Kerajaan pertimbang guna kaedah pajakan untuk aset pengangkutan - Loke
Kerajaan mempertimbangkan model baharu dengan mengguna pakai kaedah pajakan terhadap mana-mana produk, aset dan perkhidmatan pengangkutan.