PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar elaun kesusahan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), yang kini RM100 sehari, kepada suatu jumlah yang lebih munasabah sebagai penghargaan dan motivasi kepada anggota pasukan itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata elaun yang dikhususkan kepada anggota pasukan SMART yang menyertai operasi misi mencari dan menyelamat (SAR) di luar negara itu masih rendah.
Menyatakan kerajaan amat menghargai jasa dan komitmen pasukan SMART yang terlibat dengan pelbagai misi SAR, beliau telah meminta Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus untuk melihat perkara itu.
"Adalah munasabah jika elaun mereka yang dipanggil elaun kesusahan ini dapat dipertingkatkan sesuai dengan penyertaan mereka dalam misi SAR.
Mereka adalah yang terbaik dalam pasukan mereka dan telah terpilih ke pasukan SMART," katanya kepada media selepas melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2023 (BKN2023) di Markas SMART di Pulau Meranti, dekat sini hari ini.
Elaun kesusahan atau elaun khas diperkenal pada 24 Feb lepas selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian elaun itu kepada anggota pasukan SMART yang menyertai misi SAR mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Pemberian elaun itu mendapat perhatian Anwar selepas beliau melakukan lawatan ke kem pasukan SMART di Turkiye pada 15 Feb lepas.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut mencadangkan pasukan SMART yang kini dianggotai 141 anggota daripada tiga agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Tentera Malaysia itu diperluaskan kepada tujuh agensi.
Pada 8 Feb 2023, pasukan SMART telah diiktiraf sebagai pasukan Mencari dan Menyelamat Bandar (USAR) oleh Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (Insarag) di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyertai misi bencana di luar negara.
Ahmad Zahid dalam pada itu turut menyarankan semua agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana agar mengaplikasikan teknologi terkini selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bagi memperkasakan operasi SAR.
Beliau berkata penggunaan teknologi tersebut mampu membantu agensi yang terlibat untuk memahami risiko bencana, mempercepatkan proses membuat keputusan dan perkongsian maklumat bencana dapat disalurkan secara masa nyata.
"Selain kebergantungan kita kepada sumber manusia, teknologi terkini seperti UAV (kenderaan udara tanpa pemandu atau dron) perlu dimanfaatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama anggota pasukan penyelamat pada perasmian Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2023 di Markas SMART dan Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Kerajaan pertimbang naikkan elaun kesusahan pasukan SMART
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar elaun kesusahan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).