awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang pekerja asing dari Afrika - Kula Segaran

Bernama
Bernama
28/06/2019
20:00 MYT
Kerajaan pertimbang pekerja asing dari Afrika - Kula Segaran
Kula Segaran pada sidang media selepas Sesi Dialog Bersama Peladang-Peladang di Tanah Rata Cameron Highlands malam tadi. --fotoBERNAMA
Kerajaan akan mempertimbang untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang.
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, ini kerana pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal.
"Saya telah mengadakan perbincangan dengan duta negara Afrika baru-baru ini dan mereka akan mendapatkan pandangan daripada kerajaan di negara itu mengenai perkara berkenaan.
"Ini satu permulaan dan kita akan melihat kesesuaian (pekerja asing dari negara Afrika) kerana pihak kementerian ada menerima permintaan daripada majikan yang mahukan pekerja dari negara itu untuk bekerja dalam sektor perladangan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Menteri Sumber Manusia dengan para peladang Cameron Highlands di sini, malam tadi.
Dalam perkembangan lain, Kula Segaran berkata pihaknya kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan Bangladesh sebelum memeterai memorandum persefahaman (MoU) mengenai kemasukan pekerja asing dari negara itu ke negara ini.
"Semua perjanjian dengan Bangladesh sebelum ini sudah tamat tempoh. Walaupun kita berhasrat untuk menandatangani MoU namun ada beberapa cadangan dan perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
"Antara permasalahan yang perlu diselesaikan adalah gaji serta perlindungan terhadap pekerja asing yang bekerja di sini dan kita juga mahu tahu apakah tindakan (kerajaan Bangladesh) untuk mengambil balik pekerja asing yang tidak berdokumentasi di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika
#Bangladesh
#Cameron Highlands
#gaji
#Indonesia
#kerajaan
#M Kula Segaran
#pekerja asing
#Sektor Perladangan
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan