awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan peruntuk RM1 juta bantu 200 usahawan veteran ATM

Bernama
Bernama
08/08/2024
20:30 MYT
Kerajaan peruntuk RM1 juta bantu 200 usahawan veteran ATM
Adly berkata, setakat ini 96 usahawan veteran ATM telah dibantu dengan setiap penerima menerima bantuan wang tunai RM5,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka. - Gambar fail/Astro AWANI
ALOR GAJAH: Kerajaan memperuntukkan RM1 juta bagi membantu 200 usahawan veteran tentera di bawah Program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PUVET ATM) tahun ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, setakat ini 96 usahawan veteran ATM telah dibantu dengan setiap penerima menerima bantuan wang tunai RM5,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.
"Setakat ini kebanyakan penerima tinggal di selatan tanah air dan bagi mencapai sasaran 200 usahawan veteran, selepas ini kita akan menjelajah ke negeri-negeri di Pantai Timur.
"Lebih 50 peratus usahawan veteran ini menceburi bidang pembuatan makanan terutamanya sejuk beku yang berpotensi tinggi untuk dipasarkan selepas mereka tamat perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program PUVET ATM peringkat Melaka, di sini, pada Khamis.
Pada majlis berkenaan, sebanyak 44 usahawan veteran menerima bantuan itu membabitkan peruntukan RM220,000.
Adly berkata, Kementerian Pertahanan bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) turut bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makana serta Kementerian Ekonomi bagi membantu golongan berkenaan mengembangkan perniagaan mereka.
Beliau berkata, perkara paling penting adalah mendedahkan usahawan veteran itu dengan teknologi digital bagi membantu mereka memasarkan perkhidmatan dan barangan secara dalam talian.
"Hal ini sekali gus akan memberi nilai tambah kepada perniagaan mereka selain bantuan modal bagi meningkatkan keupayaan usahawan veteran ini," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Kementerian Ekonomi
#Kementerian Pertahanan
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan