PASIR MAS: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM25 sehari kepada setiap mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusuf berkata peruntukan itu meliputi bekalan makanan berkhasiat tiga kali sehari kepada mangsa yang akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kerajaan akan sentiasa memastikan kebajikan mangsa banjir dijaga terutama dalam tempoh pandemik COVID-19.
"Mangsa banjir juga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar tidak berlaku sebarang penularan wabak COVID-19," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menasihatkan mangsa banjir supaya tidak menyembunyikan status sekiranya positif COVID-19 kerana tindakan itu boleh menyebabkan berlaku penularan dan menyusahkan orang lain.
"Di PPS memang kita ada sediakan kakitangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat pemeriksaan kepada setiap mangsa dan turut menyediakan SOP khusus di PPS supaya keselamatan semua mangsa terpelihara," katanya.
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 12 tengah hari, jumlah mangsa banjir di Rantau Panjang dekat Pasir Mas yang ditempatkan di PPS SK Tok Deh kekal 33 orang, membabitkan enam keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021
Menurut MetMalaysia angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga 7 Dis. - fotoBERNAMA
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Ketua isi rumah di Kelantan diseru daftar e-Bencana
Kerajaan Kelantan menyeru ketua isi rumah di lokasi banjir mendaftar menerusi sistem pengurusan bencana negeri itu, e-Bencana.
Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.
Banjir: Salur bantuan menerusi agensi keselamatan - APM
Orang ramai atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir diminta berbuat demikian menerusi agensi-agensi keselamatan bagi tujuan penyelarasan.
Banjir Baling: JAKIM salur RM1.58 juta bantuan Musa'adah kepada mangsa
Selain RM1,000 kepada setiap rumah, JAKIM juga bantu kos baik pulih dan membeli kelengkapan serta perabot untuk tiga buah rumah mangsa.
SPRM Johor tahan pengarah urusan syarikat, jurutera bantu siasatan tuntutan palsu
Kedua-dua lelaki berusia 41 dan 52 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada kira-kira pukul 7 malam tadi.
Pasukan Bencana Istana Negara teruskan misi bantuan banjir di Karak, Pahang
Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan persekitaran di Taman Wijaya, Karak, Pahang.
Anda mangsa banjir? Ini Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan PM
Keseluruhan pemberian tunai kepada mangsa boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah.
Bantuan mangsa banjir cecah RM10,000 bagi setiap isi rumah - PM
Mangsa banjir di seluruh negara boleh mendapat bantuan tunai sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), kata Perdana Menteri.
Banjir: MINDEF sumbang RM500 bagi tentera, awam di Kem Batu Tiga Temerloh
Ia tambahan kepada bantuan RM1,000 yang diumumkan Perdana Menteri dan RM500 yang diumumkan Kerajaan Pahang sebelum ini.
Banjir: Tabung Haji peruntuk RM1.6 juta bantu mangsa terjejas
TH sumbang bantuan kewangan, makanan dan khidmat pembersihan secara sukarela kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir.