awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan PH, Bersatu Kedah masih kekal, pertukaran kerajaan hanya spekulasi

Salim Aziz
Salim Aziz
11/05/2020
08:18 MYT
Kerajaan PH, Bersatu Kedah masih kekal, pertukaran kerajaan hanya spekulasi
Phahrolrazi (gambar) berkata mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PH atau Bersatu di negeri itu yang ingin "berubah angin" menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) perlu membuat kenyataan rasmi terlebih dahulu. - Foto Astro AWANI
Kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) campur Bersatu negeri Kedah dibawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini masih kekal menerajui tampuk pimpinan kerajaan negeri itu meskipun pelbagai ura-ura timbul susulan pertemuan tertutup membabitkan pimpinan PAS dan Umno semalam.
Menurut Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PH atau Bersatu di negeri itu yang ingin "berubah angin" menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) perlu membuat kenyataan rasmi terlebih dahulu.
Menurutnya, setakat ini kerajaan negeri Kedah masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi dari mana-mana pihak berhubung perkara terbabit dan menganggap ianya sebagai sekadar satu spekulasi.
Beliau yang mewakili PH Kedah mengesahkan mengadakan pertemuan dengan Mukhriz yang mewakili Bersatu negeri itu di Sri Mentaloon, pada Isnin.
Tegas Phahrolrazi, pertemuan yang diadakan sekitar satu jam itu turut merangkumi perbincangan mengenai kedudukan semasa kerajaan gabungan PH campur Bersatu di negeri itu selain beberapa isu lain.
“Kita lihat kerajaan masih berfungsi, tidak ada apa-apa kenyataan dari pihak apa sana (PAS-Umno) bahawa mereka sudah cukup majoriti setakat ni, jadi kita terus jadi kerajaan, itu yang kita tidak tahu (ada ADUN melompat),
“Kalau mereka hendak lompat mereka kena buat satu kenyataan rasmi, sekarang belum ada kenyataan rasmi dari pihak berkenaan, kami anggap sebagai satu spekulasi, tidak ada lagi yang secara rasmi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pada Ahad, satu pertemuan secara tertutup diadakan oleh kesemua ADUN parti PAS di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, yang turut dihadiri dua ADUN Barisan Nasional serta kepimpinan kedua-dua parti terbabit..
Pertemuan terbabit dilihat sebagai tindakan susulan yang diambil kedua-dua parti itu berhubung kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ahmad Yahaya yang menyatakan keyakinan parti terbabit untuk mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) campur Bersatu pada Rabu.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Amanah
#Barisan Nasional
#Kedah
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Menteri Besar
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan