KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.59 bilion bagi projek-projek pembangunan fizikal di Terengganu tahun ini di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Terengganu berkata, peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan.
"Ini projek daripada Kerajaan Pusat antaranya yang kita sedang laksanakan sama ada sambung atau baharu seperti Hospital Dungun, Hospital Kemaman, naik taraf jambatan merentasi Sungai Marang, pemuliharaan muara sungai di Dungun, Setiu dan Besut serta projek kawalan hakisan pantai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program penyerahan Rumah Kasih Ihsan-Kategori Baik Pulih di kediaman ibu tunggal Noriani Jaafar@Hitam di Kampung Dusun Tembakau, Manir, dekat sini, pada Sabtu.
Mohamed Khaled berkata, sehingga Isnin lepas, prestasi perkembangan projek-projek pembangunan di Terengganu telah mencapai 24.96 peratus dan ia satu perkembangan baik serta diharapkan akan segera disiapkan demi kepentingan rakyat Terengganu.
Beliau berkata, projek yang menjadi keutamaan negeri akan sentiasa dipantau dengan teliti oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT).
Dalam pada itu Mohamed Khaled berkata, Kerajaan Pusat juga memperuntukkan RM50 juta bagi Program Pembasmian Kemiskinan di Terengganu pada tahun ini antaranya melibatkan bantuan baik pulih rumah-rumah daif.
Menurutnya, sehingga 25 April lepas, 57 projek baik pulih rumah telah siap sepenuhnya di seluruh Terengganu iaitu 18 buah di Kuala Terengganu, Besut (14), Hulu Terengganu (tujuh), Setiu (enam), masing-masing lima di Kuala Nerus dan Marang (lima) serta Dungun (dua).
Katanya, kos keseluruhan bagi 57 projek itu berjumlah RM1.425 juta manakala 119 projek berstatus dalam pelaksanaan bernilai RM2.975 juta.
Mohamed Khaled berkata, di bawah peruntukan sama, pembinaan 20 buah rumah bina baharu akan dimulakan pada awal Mei ini dan 45 projek infrastruktur kecil seperti pembinaan jalan dan longkang kini sedang dalam pelaksanaan.
Terdahulu program penyerahan Rumah Kasih Ihsan-Kategori Baik Pulih di kediaman Noriani, 55, menyaksikan kerja-kerja baik pulih yang bermula sebelum Ramadan lepas telah disiapkan.
Mohamed Khaled berkata, kerja-kerja menggantikan komponen rumah yang rosak seperti dinding reput, bumbung bocor, penggantian pintu kayu dan pemasangan semula pendawaian elektrik melibatkan peruntukan sebanyak RM25,000. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Mohamed Khaled berkata, peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan. - Gambar fail
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Malaysia, Turkiye bincang perolehan LMS - Khaled Nordin
Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS).
Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah penting bagi industri pertahanan untuk mendukung prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Malaysia tidak campur urusan perniagaan syarikat pertahanan - MINDEF
Sebagai sebuah negara perdagangan bebas, Malaysia beri ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi