awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rancang langkah mitigasi tanah jerlus - Nanta

Bernama
Bernama
30/08/2024
15:42 MYT
Kerajaan rancang langkah mitigasi tanah jerlus - Nanta
Nanta berucap pada majlis pembukaan rasmi Seksyen 1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Plaza Tol WCE Banting hari ini. - Gambar Bernama
BANTING: Kerajaan sedang merancang langkah mitigasi berhubung risiko insiden tanah jerlus yang menjadi kerisauan umum susulan kejadian yang menimpa seorang pelancong warga India baru-baru ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu telah dibawa untuk perhatian Kabinet selain pihaknya memutuskan agar langkah-langkah segera dilakukan untuk mengenal pasti kawasan berisiko.
"Setakat ini kita belum kenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko berlaku lubang benam tetap memang ada usaha untuk kita cuba mengenal pasti kawasan berisiko itu sebagaimana kita kenal pasti lebih 2,000 lokasi cerun yang berisiko ketika ini.
"Perkara ini juga dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini supaya untuk ke hadapan kerajaan akan lebih fokus bagaimana hendak mengatasi atau mengelakkan kejadian itu dengan menggunakan sains, teknologi, kecerdasan buatan (Ai) dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 1 di sini hari ini.
Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.
Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk kaedah jetting, flushing dan menyedut air keluar dari lokasi kejadian, dalam usaha mengesan mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#tanah jerlus
#pbt
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan