KOTA TINGGI: Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini, termasuk bukan warganegara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata hala tuju tersebut ,diharapkan akan dapat diperoleh menerusi penganjuran International Symposium on Empowerment of Children's Commission: Strengthening Rights and Safeguarding Futures pada Isnin ini.
Beliau berkata simposium tersebut akan berlangsung selama dua hari di Auditorium Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Bangunan Sulaiman di Kuala Lumpur.
"Kita akan bawa beberapa pakar dari luar negara yang mewujudkan pejabat child commissioner dan kita akan menilai cara, cabaran mereka hadapi (dalam isu perlindungan kanak-kanak) supaya kesilapan mereka kita tidak ulang.
"Walaupun kita sudah ada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), tetapi kita perlu ada pengkhususan. Jadi harapan saya menerusi simposium ini, kita akan dapat hala tuju untuk memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak dalam negara kita, sama ada anak Malaysia atau anak bukan warga negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pengerang, di sini malam tadi.
Beliau berkata simposium tersebut dianjurkan bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU), UNICEF Malaysia, Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dan Suhakam.
Simposium tersebut disertai penceramah dari pelbagai negara selain dihadiri mantan pengerusi PBB mengenai Hak Kanak-kanak Dr Mikiko Otani.
Antara objektif simposium tersebut diadakan adalah bagi bertukar pandangan tentang cabaran utama berkaitan isu kanak-kanak di Malaysia dan mengenal pasti strategi penyelesaian yang berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Azalina berkata kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini. - Foto Astro AWANI
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Cadangan wujud jabatan khas lindungi kanak-kanak akan dikemukakan semula - Nancy
KPWKM akan mengemukakan semula cadangan penubuhan jabatan khas bagi melindungi kanak-kanak termasuk melibatkan jenayah dan penderaan terhadap mereka dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.
RUU kesalahan seksual dilaksanakan sekali dengan Akta Kanak-Kanak
Langkah itu bertujuan memastikan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak secara menyeluruh.
Undang-undang perlindungan kanak-kanak perlu utamakan kebajikan mereka
Peguam Nizam Bashir berkata Akta Kanak-Kanak Malaysia perlu memberi fokus kepada golongan ini dan adanya pihak ketiga dapat membantu.