KOTA KINABALU:Kerajaan negeri Sabah meletakkan kepentingan pendidikan sebagai keutamaan dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang bagi mengisi keperluan pembangunan negara menjadi sebuah negara maju.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata untuk itu kerajaan negeri bukan sahaja berusaha meningkatkan kemudahan prasarana sekolah dengan membina sekolah-sekolah baharu malah turut menggantikan sekolah yang usang.
Selain itu katanya, kerajaan negeri turut menyalurkan pelbagai peruntukan besar serta bantuan pendidikan demi memperkasa kualiti dan pencapaian mutu pendidikan negara.
“Kerajaan (negeri Sabah) memberi peruntukan cukup demi meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di semua sekolah.
“Saya yakin pelbagai kemudahan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan (Back To School) di perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan pada Isnin.
Sebanyak 10 buah sekolah menerima bantuan tersebut iaitu lapan buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah.
Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, sejajar dengan kepentingan pendidikan, beliau juga meletakkan kepentingan tersebut untuk membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang beliau wakili agar tahap prasarana dan kecemerlangan pendidikan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
“Saya memahami dengan penularan koronavirus COVID-19 yang melanda dunia, banyak cabaran serta dugaan yang dihadapi oleh ibu bapa, pelajar dan guru-guru dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar," katanya lagi.
Wakil rakyat DUN N.58 Lamag itu juga turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru-guru yang komited dan gigih meneruskan khidmat bakti sebagai pendidik walaupun berhadapan dengan cabaran ketiadaan akses internet sewaktu menyampaikan pembelajaran secara dalam talian namun mereka tetap gigih meneruskan tugas dengan menghantar bahan pembelajaran dari rumah ke rumah pelajar. .
"Saya memahami kesukaran guru-guru yang berhadapan dengan masalah akses internet dan dalam masa yang sama terpaksa menghantar kerja-kerja sekolah kepada para pelajar yang terlibat, kita berdoa keadaan ini cepat dan pulih.
"Kerajaan sedang berusaha untuk mempertingkatkan capaian internet dengan membangunkan Pelan Infrastruktur Digital Negara (Jendela) agar masyarakat luar bandar tidak terpinggir dari menikmati kemudahan tersebut,” katanya lagi.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Feb 09 2021
Menurut Bung Moktar, kerajaan negeri turut menyalurkan pelbagai peruntukan besar serta bantuan pendidikan demi memperkasa kualiti dan pencapaian mutu pendidikan negara. - Foto Astro AWANI
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Tarik balik keputusan tangguh pembinaan CIQ Kalabakan - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan tersebut tidak adil kepada rakyat Sabah yang memerlukan pemangkin ekonomi bagi membangunkan kawasan Pantai Timur Sabah agar lebih maju.
Kerajaan Sabah terus pertingkat kemudahan sekolah, bantu lahir insan cemerlang - Bung Moktar
Kerajaan bukan sahaja meningkatkan kemudahan prasarana sekolah dengan membina sekolah-sekolah baharu malah turut menggantikan sekolah usang.