KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengumumkan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi membantu sekolah-sekolah Cina dan mubaligh serta badan keagamaan bukan Islam di Sabah untuk 2023.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata penambahan sebanyak RM7 juta diberikan berbanding RM47 juta pada tahun ini sejajar dengan komitmen padu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) untuk memastikan keperluan masyarakat terus diberi keutamaaan.
"Saya berharap bantuan diagihkan atas keprihatinan kerajaan negeri akan dapat meringankan beban dalam membangun dan membaiki sekolah serta rumah ibadat bukan Islam di Sabah sekali gus memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat bukan Islam di peringkat akar umbi.
Kerajaan negeri sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek serta sentiasa membantu rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Hajiji berkata sokongan padu masyarakat Cina di Sabah kepada kerajaan GRS-BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menjamin kesejahteraan masyarakat agar terus diperjuangkan.
Dalam pada itu, Hajiji berkata selama dua tahun memerintah banyak kejayaan telah dibawa oleh GRS-BN, terutama dalam usaha pemulihan ekonomi negeri selepas pandemik COVID-19.
"Pendekatan mesra pelabur yang kita laksanakan membawa ramai pelabur asing dan tempatan ke Sabah malah ramai duta dan pesuruhjaya dari negara Arab turut bertemu dengan saya untuk melihat peluang pelaburan di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata penambahan sebanyak RM7 juta diberikan berbanding RM47 juta pada tahun ini. - Fail/BERNAMA

Olimpik Musim Sejuk Beijing terus beri manfaat sosial dan ekonomi - IOC
Meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.

Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti
Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan, kata Ahmad.

65 kes mati lemas direkod sejak 2020 - JBPM Kelantan
Kebanyakan kes kematian akibat lemas berlaku di sungai selain kawasan tali air, air terjun, pantai, tasik dan pembetungan.

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Ringkas SPUTNIK: Janji Putin kepada warga Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Donut 10 Sen | Kekalkan harga demi bantu golongan kurang mampu
Peningkatan harga barangan semasa tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri untuk meneruskan perniagaan donut yang dijual pada harga 10 sen sebiji. Menurut Idham Syafiq Darmilus, 35 tahun, dia memilih untuk mengekalkan harga tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat merasai hidangan itu terutama ketika peningkatan kos sara hidup masa kini.

Jenayah | Polis tumpas geng curi kereta Wira di Kelantan
Tujuh individu berusia dari 26 hingga 58 tahun yang terbabit dalam kegiatan curi kenderaan, khususnya kereta Proton Wira dan pecah rumah berjaya ditahan dalam Operasi Lejang yang ditubuhkan polis Kelantan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di antara 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.

Perikatan Nasional | Rundingan kerusi parti komonen untuk PRN minggu depan
Rundingan agihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka berlangsung minggu hadapan. Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perbincangan berkenaan akan diadakan pada 7 Februari ini di ibu negara.

Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Ia memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat, apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.

Kerajaan Sabah umum peruntukan RM54 juta untuk institusi bukan Islam
Kerajaan Sabah mengumumkan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi membantu sekolah-sekolah Cina dan mubaligh serta badan keagamaan bukan Islam di Sabah untuk 2023.