awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sarawak bakal ambil alih pengurusan perladangan THP di negeri itu

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2020
07:48 MYT
Kerajaan Sarawak bakal ambil alih pengurusan perladangan THP di negeri itu
Abang Johari yakin rundingan pengambilalihan pengurusan perladangan THP berjalan lancar. - Foto: BERNAMA
Kerajaan negeri Sarawak bakal mengambil alih pengurusan perladangan aset milik Tabung Haji Plantations Sdn Bhd (THP) di negeri itu dalam masa tiga bulan.
Demikian kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam usahanya untuk memperkasakan sumber pendapatan rakyat khususnya dalam industri pertanian di Sarawak.
Tambahnya, rundingan mengenai perkara itu sudah hampir selesai dan beliau yakin ia akan berjalan dengan lancar.
“Untuk kawasan ini, kerajaan negeri sedang berunding dengan Tabung Haji, dan kita akan mengambil alih pengurusan perladangan yang ketika ini berada di bawah pentadbiran Tabung Haji.
“Sekarang ini kita sedang menentukan harganya dan sudah tentu kita dapat membantu pemegang taruh dalam kawasan tersebut. Beri saya masa tiga bulan dan perkara ini,” kata Abang Johari.
Selain itu katanya, usaha berkenaan akan membantu melancarkan usaha kerajaan negeri untuk membuka agropark sebagai kawasan food basket di kawasan pesisir.
Antara lain Abang Johari pada masa sama turut berpesan kepada rakyat untuk terus memanfaatkan aset tanah secara maksimum yang dimiliki untuk menjana pendapatan.
“Kita juga akan bukakan tanah agropark di kawasan ini untuk kita membangunkan kawasan persisiran, masalah kita adalah apabila sudah dapat tanah namun tahanh itu tidak diusahakan sebaiknya.
“Jadi kepada sesiapa yang ada tanah, jaga tanah, jangan jual. Lebih-lebih lagi tanah NCR (tanah hak adat) jangan sesekali dijual,” tambahnya lagi.
Jelasnya lagi dengan pembangunan agropark dan perladangan ini, hasilnya akan dapat dieksport dan seterusnya dijual ke pasaran antarabangsa.
Sementara itu, kerajaan negeri turut membina terminal kapal terbang di Spaoh dengan perkhidmatan kapal kargo untuk merancakkan industri desa serta kraftangan sebagai usaha meningkatkan industri pertanian luar bandar.
Topic Berkaitan
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Ketua Menteri
#NCR
#perladangan
#Sarawak
#Spaoh
#Tabung Haji
#Tabung Haji Plantations Sdn Bhd THP
#tanah hak adat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan