KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang untuk mewujudkan satu dana khas bagi membiayai projek pertanian pintar yang berjaya dilakukan oleh pihak universiti tempatan bagi meningkatkan pengeluaran industri makanan di negeri ini.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata untuk memulakan pertanian pintar ia memerlukan kos yang tinggi kerana ia melibatkan teknologi yang digunakan.
"Mengambil contoh projek pelajar (Kolej Universiti) ICATS (institusi pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak) bersama pensyarah mereka di Kampung Kaba (berdekatan Saratok) yang menghasilkan makanan haiwan daripada biojisim, nampaknya telah berjaya.
"Jadi saya minta mereka kaji teknologi yang berkaitan...kita ada pengeluaran teras. Pelaburan ini melibatkan dana yang banyak serta berisiko, jadi perlu ada modal teroka untuk diberikan kepada pelajar yang memilih bioteknologi sebagai karier mereka selepas tamat belajar...jadi saya dan kerajaan akan cari jalan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Bioteknologi, Pertanian Pintar, dan Keusahawanan untuk Keselamatan Makanan (BIOSFE 2023).
ABANG JOHARI-DANA 2 (AKHIR) KUCHING
Berucap pada majlis itu Abang Johari berkata melalui persidangan itu, pelbagai interaksi bermanfaat dapat dibincangkan serta dibentangkan antara pakar serta pihak-pihak berkeutamaan dalam industri.
"Perbincangan meja bulat terdiri daripada pakar-pakar terkemuka, penggubal dasar dan pemain utama diharap akan membawa kepada pandangan berharga mengenai pertanian lestari dan meningkatkan sistem keselamatan makanan, seterusnya menyumbang kepada badan pengetahuan dalam industri pertanian.
"Persidangan ini bertepatan dengan Sarawak Agrofest 2023, yang meraikan dan mempamerkan pencapaian, inovasi dan perkembangan dalam sektor pertanian di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata untuk memulakan pertanian pintar ia memerlukan kos yang tinggi kerana ia melibatkan teknologi yang digunakan. - Foto BERNAMA

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.
Tiada persetujuan Israel-Hamas mengenai jeda kemanusiaan
White House menyatakan ketiadaan potensi perjanjian jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas dalam masa terdekat, sementara kumpulan tujuh negara terus mendesak bantuan.

Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut
Bedah siasat yang dijalankan selama lima jam itu mendapati memang ada kesan cedera pada bahagian leher mangsa dan beberapa bahagian tubuh lain.

Premier Sarawak pertimbang dua projek kabel bawah laut khas ke Singapura, Semenanjung Malaysia
Abang Johari berkata terdapat teknologi lebih baik bagi kabel bawah laut yang lebih murah, namun kompetitif bagi memastikan projek itu dapat direalisasikan.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo: Satu proses pembelajaran - Abang Johari
Pembangunan Lebuhraya Pan Borneo telah menjadi sebagai satu proses pembelajaran untuk kerajaan Sarawak dalam merancang pembangunan infrastruktur lain di negeri itu.

Tiada caj tambahan bertukar kepada silinder LPG Petros
Tiada caj tambahan apabila pelanggan menukar silinder LPG lain kepada silinder LPG Petros (merah) atau Gas Petronas (hijau).

Taksiran murid sekolah rendah berbeza mampu pacu sistem pendidikan negara
Kepelbagaian format pentaksiran itu membolehkan murid dinilai secara adil, mengikut kesesuaian setempat.

Lima lagi daratan di Sarawak diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya
Sarawak telah menetapkan lima lagi kawasan daratan untuk diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) bagi mencapai sasaran satu juta hektar kawasan berkenaan menjelang 2025.

Tiga kementerian Persekutuan salur RM3.17 bilion kepada Sarawak - Dr Sim
Tiga kementerian Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM3.17 bilion tahun ini untuk program pembangunan dan dana operasi di Sarawak.

Sarawak negeri pertama amal keterangkuman dalam pendidikan awal kanak-kanak
Sarawak merupakan negeri pertama melaksanakan keterangkuman pendidikan awal kanak-kanak melalui dasar pintu terbuka yang diamalkan kerajaan negeri itu.

Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.

Sarawak kemuka cadangan tambah Ahli Parlimen
Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan supaya jumlah Ahli Dewan Rakyat dari negeri itu ditambah bagi mewakili 35 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota Dewan Rakyat.

Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings
Kerajaan negeri Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.