awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sarawak rancang penubuhan kolej teknikal Islam - Abang Johari

Bernama
Bernama
17/09/2024
05:25 MYT
Kerajaan Sarawak rancang penubuhan kolej teknikal Islam - Abang Johari
Abang Johari berkata ilmu akhirat dan dunia hendaklah dipelajari agar dapat mengangkat martabat agama Islam supaya masyarakat Islam dihormati dan dicontohi orang lain. - Foto Bernama
MUKAH: Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah kolej teknikal Islam bagi memberi peluang kepada anak-anak Islam di negeri itu melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang teknikal di samping mempelajari ajaran al-Quran, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Tanpa memberikan butiran lanjut, beliau berkata ilmu akhirat dan dunia hendaklah dipelajari agar dapat mengangkat martabat agama Islam supaya masyarakat Islam dihormati dan dicontohi orang lain.
"Kita menjalankan dakwah melalui apa yang disebut sebagai dakwah bil hal (dakwah melalui contoh teladan dan akhlak yang baik). Kita hendaklah melaksanakan tugas seperti dikehendaki oleh agama kita serta menjadi contoh dan seterusnya mengekalkan kehidupan dan menaik taraf kedudukan kita melalui pendidikan yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1446/2024M di Dataran Setia Raja di sini hari ini.
Abang Johari turut berterima kasih kepada semua umat Islam Sarawak kerana telah bersama-sama kerajaan dalam menjaga perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri itu.
Majlis perhimpunan dan perarakan itu disertai sebanyak 122 kontinjen jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta pemimpin kerajaan yang kemudiannya turut serta di dalam perarakan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#kolej teknikal Islam
#mempelajari ajaran al-Quran
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan