awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sarawak rancang perkenal Dana Kekayaan Berdaulat

Afiezul Samit
Afiezul Samit
20/11/2021
05:48 MYT
Kerajaan Sarawak rancang perkenal Dana Kekayaan Berdaulat
Kata Abang Johari, pihaknya akan menjalankan kajian terlebih dahulu, bagi mengenal pasti mekanisme Dana Kekayaan Berdaulat - Astro AWANI
SARIKEI: Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk memperkenalkan Dana Kekayaan Berdaulat bagi negeri tidak lama lagi.
Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebelum melaksanakan dana tersebut, pihaknya akan menjalankan kajian terlebih dahulu, bagi mengenal pasti mekanismenya.
" Beberapa negara seperti Norway telah melaksanakan dana ini.
" Ia bagi masa depan generasi muda kita," katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Jajaran Seksyen Julau, WPC 07 di Stadium William Mawan di sini.
Dana Kekayaan Berdaulat lazimnya diperkenalkan untuk memperkukuh kedudukan kewangan sesebuah negara.
Antara negara yang melaksanakan dana ini termasuklah Norway menerusi Dana Pencen Kerajaan Norway; China menerusi Perbadanan Pelaburan China; Emeriah Arab Bersatu, menerusi Lembaga Pelaburan Abu Dhabi dan Singapura menerusi Temasek Holdings.
Jika dilaksanakan, Sarawak merupakan Kerajaan Negeri pertama melaksanakan dana seumpamanya, yang menjadi sebahagian daripada komponen sistem kewangan alternatifnya.
Topic Berkaitan
#Dana Kekayaan Berdaulat
#Tan Sri Abang Johari Tun Openg
#Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak
#Stadium William Mawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan