awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar 10,000 usahawan ekonomi digital di seluruh negara pada 2024

Bernama
Bernama
07/12/2023
15:41 MYT
Kerajaan sasar 10,000 usahawan ekonomi digital di seluruh negara pada 2024
Fahmi berkata PEDi antara usaha kerajaan melahirkan usahawan tempatan e-Dagang selain menggalakkan rakyat menjana pendapatan tanpa perlu berhijrah dari kawasan penempatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan 10,000 usahawan ekonomi digital di seluruh negara melalui inisiatif Pusat Ekonomi Digital (PEDi) pada tahun depan.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata PEDi antara usaha kerajaan melahirkan usahawan tempatan e-Dagang selain menggalakkan rakyat menjana pendapatan tanpa perlu berhijrah dari kawasan penempatan.
"Saya pernah berjumpa dengan seorang kakak menjual manik di Sarawak pendapatannya sebulan boleh mencecah RM25,000 dan ada seorang kakak meniaga roti dan bakeri di Morib, Selangor dan pendapatannya lebih RM50,000 sebulan ... inilah peluang yang kita sajikan dan sediakan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada program Suara Anak MADANI yang turut menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) hari ini.
PEDi ialah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang memberi peluang kepada komuniti setempat memperkasa kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang.
Sementara itu, Fahmi berkata sebanyak 1,878 Komuniti MADANI yang dibentuk serta dalam proses pelantikan di seluruh negara akan memainkan peranan penting pada tahun depan bagi menyampaikan maklumat serta dasar kerajaan kepada rakyat di seluruh negara.
Beliau berkata Komuniti MADANI ialah badan sukarela yang ditadbir urus Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).
"Kita tengok hari ini, cabarannya ialah penonton berbeza dan cara mereka berkomunikasi berbeza. Ada setengah tempat mungkin kita boleh (menyampaikan) secara dalam talian dan mungkin boleh salurkan maklumat melalui TV dan ada sesetengah tempat kita kena (sampaikan) di kedai kopi (secara bersemuka).
"Dalam masa sama, saya melihat setiap kementerian ada peranan untuk pastikan mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat itu adalah dalam bentuk mesej yang mudah untuk rakyat faham," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Komuniti Madani
#usahawan ekonomi digital
#platform e-dagang
#komuniti setempat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan