awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad

Bernama
Bernama
23/01/2025
20:15 MYT
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Ahmad berkata, terdapat 20 projek Persekutuan di Selangor pada tahun ini, termasuk pembinaan bangunan baharu bernilai RM223.73 juta dan tujuh projek penyelenggaraan bangunan bernilai RM28.97 juta. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek sakit tersebut dikenal pasti pada tahun lalu daripada keseluruhan projek yang diselia JKR.
Antara punca utama ialah masalah kewangan dan pengurusan di pihak kontraktor yang dilantik.
"Projek dikategorikan sebagai sakit jika ia mengalami kelewatan lebih 20 peratus atau melebihi dua bulan dari tarikh yang ditetapkan. Di Selangor, hanya terdapat satu projek sakit, iaitu Klinik Kesihatan Timah, Langat di Sepang," katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja ke JKR Selangor, di sini pada Khamis.
Ahmad berkata, terdapat 20 projek Persekutuan di Selangor pada tahun ini, termasuk pembinaan bangunan baharu bernilai RM223.73 juta dan tujuh projek penyelenggaraan bangunan bernilai RM28.97 juta.
Kesemua projek ini masih berada di peringkat pra-kontrak.
Selain itu, sebanyak 49 projek Persekutuan dengan nilai RM1.097 bilion sedang dalam peringkat pembangunan di bawah JKR Selangor. Projek-projek ini melibatkan pembinaan jalan, bangunan, dan pembaikan cerun.
Sementara itu, mengenai pembaikan infrastruktur di negeri-negeri yang terkesan akibat banjir ketika musim Monsun Timur Laut tahun lalu, Ahmad berkata, kerja-kerja tersebut dijangka bermula selewat-lewatnya bulan hadapan. - BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#monsun timur laut
#Klinik kesihatan
#pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan