awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diskaun saman kenderaan asing akan diteliti semula - Loke
Fitnah terhadap Azam Baki, Bukit Aman panggil Albert Tei beri keterangan
KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan secara dasar setuju pisahkan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya - Fahmi

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2025
08:51 MYT
Kerajaan secara dasar setuju pisahkan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya - Fahmi
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengasingkan sepenuhnya peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Ringkasan AI
  • Kerajaan setuju secara dasar untuk asingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, menjadikan kedua-dua jawatan ini berasingan dan setara dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Pindaan Perlembagaan akan melibatkan Perkara 145, 183 dan 42, disertai penggubalan RUU baharu serta pindaan ke atas Kanun Tatacara Jenayah dan 18 akta lain melalui Rang Undang-Undang Pembaharuan Undang-Undang (Pendakwa Raya).
  • Pelaksanaan dibuat secara berfasa, dengan Pasukan Petugas Khas Teknikal memperincikan struktur organisasi, perjawatan, logistik dan implikasi kewangan.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, keputusan bersejarah itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas pembentangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, mengenai beberapa model berkaitan cadangan pengasingan fungsi terbabit.
"Jemaah Menteri pada hari ini juga telah membuat satu keputusan yang sangat bersejarah di mana kerajaan telah bersetuju secara dasar untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya secara sepenuhnya.
"Setelah memberi pertimbangan yang menyeluruh, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan cadangan pengasingan penuh di mana kedua-dua jawatan ini diwujudkan secara berasingan dan setara dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam sidang Media Mingguan di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata keputusan itu juga dibuat selepas pertimbangan menyeluruh terhadap laporan akhir dan hala tuju yang dikemukakan oleh Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif yang dipengerusikan oleh Azalina.
Sementara itu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, bagi tujuan ini, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 145, Perkara 183 dan Perkara 42 akan digubal secara berasingan bagi mewujudkan kedudukan Pendakwa Raya yang berkuasa sendiri.
Di samping itu, satu Rang Undang-Undang Pembaharuan Undang-Undang (Pendakwa Raya) akan digubal secara omnibus untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dan 18 akta lain yang berkaitan.
"Pada masa yang sama, satu akta baharu khusus mengenai saraan Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga akan diwujudkan sebagaimana Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45].
"Jemaah Menteri turut bersetuju bahawa pelaksanaan ini dibuat secara berfasa, dengan beberapa penyesuaian pada struktur dan prosedur sedia ada," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, Pasukan Petugas Khas Teknikal yang diterajui oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri bersama Jabatan Peguam Negara, dengan pembabitan Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan meneruskan peranan selanjutnya untuk memperincikan semua aspek pelaksanaan termasuk struktur organisasi, perjawatan, logistik dan implikasi kewangan.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#pengasingan kuasa
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan