awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedaya upaya selamatkan mangsa pemerdagangan manusia - Saifuddin

Bernama
Bernama
05/11/2023
09:03 MYT
Kerajaan sedaya upaya selamatkan mangsa pemerdagangan manusia  - Saifuddin
Saifuddin berkata melalui prinsip itu kerajaan akan melakukan pelbagai kaedah demi menyelamatan rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan di luar negara setelah mendapat laporan rasmi mengenainya. - Gambar fail/Bernama
SUNGAI PETANI: Kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kesemua mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang didapati terperangkap di luar negara berdasarkan prinsip the right to return atau hak untuk kembali.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata melalui prinsip itu kerajaan akan melakukan pelbagai kaedah demi menyelamatan rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan di luar negara setelah mendapat laporan rasmi mengenainya.
Beliau berkata kerajaan akan menggunakan hubungan diplomatik atau agensi ke agensi dan perkongsian maklumat perisikan dalam usaha mengesan sekali gus menyelamatkan mangsa.
"Sejak empat, lima tahun kebelakangan ini angka (mangsa pemerdangan manusia) meningkat... dari segi pasukan polis sendiri, apapun langkah menyelamat yang kita buat ada prinsip jelas.
"Pertama, kerajaan akan mengutamakan the right to return kepada rakyat Malaysia tak kira apapun, asal kita ketahui mereka ada di luar (negara) dan dalam kesusahan, kerajaan akan buat apa sahaja untuk bawa mereka balik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Program Pensijilan Agensi Antidadah Kebangsaan Kedua di sini hari ini.
Saifuddin Nasution mengulas laporan akhbar hari ini mengenai hampir 2,000 rakyat Malaysia dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia masih terperangkap dan tidak mampu menyelamatkan diri di beberapa negara jiran sejak setahun lepas.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata pihaknya menerima aduan daripada ratusan keluarga meminta bantuan membawa ahli keluarga mereka pulang dan difahamkan di Myanmar sahaja lebih 1,200 mangsa menjadi buruh paksa yang melakukan pelbagai pekerjaan.
Mengenai bilangan mangsa, Saifuddin Nasution berkata pihaknya hanya merujuk kepada jumlah rasmi kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa dan kementerian berkaitan akan membuat pengesanan serta operasi menyelamat sebaik sahaja menerima aduan.
"Sama ada angka itu selari atau sama dengan polis kumpul, melalui aduan keluarga...NGO (badan bukan kerajaan) mungkin ada saluran lain. Penting untuk laporkan angka yang tepat. Biarlah kerajaan bertindak atas angka rasmi kerana melaluinya saja boleh melancarkan bantuan melalui kerjasama dengan pihak negara berkenaan," katanya.
Saifuddin Nasution berkata kerjasama daripada ahli keluarga juga sangat penting kerana pihak berkuasa memerlukan pelbagai maklumat untuk tujuan pemprofilan selepas mangsa diselamatkan.
Menurut beliau, antara maklumat diperoleh setakat ini ada sebahagian mangsa yang benar-benar naif dan mempercayai sindiket pemerdagangan manusia itu.
"Sebahagian lagi tahu dari mula scam (penipuan) tapi pergi juga. Ada yang tiada kena-mengena dengan scam...mereka berjudi di luar, kalah pinjam along dan tak boleh balik dan maklumkan menjadi mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#sindiket pemerdagangan manusia
#the right to return
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan