awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Selangor beri jaminan tiada catuan air ketika musim panas

Bernama
Bernama
27/02/2015
11:21 MYT
Kerajaan Selangor beri jaminan tiada catuan air ketika musim panas
Kerajaan Selangor memberi jaminan kepada rakyat bahawa tidak akan berlaku catuan air pada musim panas ketika ini. -Gambar fail
Kerajaan Selangor memberi jaminan kepada rakyat bahawa tidak akan berlaku catuan air pada musim panas ketika ini.
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) Khamis depan akan membincangkan langkah alternatif yang perlu diambil untuk memastikan masalah catuan air seperti pada tahun lepas tidak berlaku.
"Saya mahu supaya persiapan lebih awal dibuat jika kemungkinan berlaku penurunan kadar air di empangan seperti bekalan air mentah ke loji rawatan dan bekalan air bersih yang akan disalurkan kepada pengguna.
"Saya tidak mahu masalah catuan ini berulang seperti tahun lepas jadi saya akan lihat semua faktor termasuk soal peningkatan penguatkuasaan di sungai-sungai supaya tidak ada pencemaran yang akan menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan masjid di Masjid Parit Serong di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang dalam proses menyiapkan projek 'Hybrid Off River Augmentation System' (Horas) di Kuala Selangor yang dijangka siap pada September ini sebagai alternatif jika berlaku kekurangan bekalan air mentah.
Mengenai penggunaan air lombong sebagai alternatif untuk membekalkan air kepada pengguna, Mohamed Azmin berkata semua pihak tidak perlu bimbang kerana kandungannya telah disahkan bebas daripada pencemaran.
Topic Berkaitan
#Azmin
#catuan air
#horas
#Majlis Tindakan Ekonomi
#MTES
#Selangor
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan