awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju bayar pampasan tanah Kem Gemas - PM Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/08/2025
05:02 MYT
Kerajaan setuju bayar pampasan tanah Kem Gemas - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat. - Foto Bernama
NILAI: Kerajaan setuju menyelesaikan bayaran pampasan kepada Kerajaan Negeri Sembilan bagi tanah di Kem Gemas, sekali gus menyelesaikan isu yang telah berlarutan sejak beberapa dekad lalu.

Ringkasan AI
  • Kerajaan bersetuju membayar pampasan kepada Kerajaan Negeri Sembilan bagi tanah di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, yang tertangguh sejak lebih sedekad lalu.
  • Nilai asal premium tanah melibatkan tiga lot (Parcel H, J, dan L) ialah RM2.162 bilion, namun dikurangkan kepada RM1.272 bilion selepas Parcel J dikecualikan.
  • PM Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk menyelesaikan isu antara kerajaan negeri dan Persekutuan yang telah berpanjangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Kata beliau, ia menandakan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang tertangguh terlalu lama.
"Ada berita baik bagi Negeri Sembilan kerana ada masalah yang berpanjangan bertahun-tahun antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan mengenai bayaran pampasan untuk tanah di Gemas. Sudah puluhan tahun tak ada bereh (selesai).
"Kerajaan MADANI semalam putuskan selesai dan mana patut bayar, bayar balik kepada Negeri Sembilan," kata Perdana Menteri.
Anwar berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Zon Selatan, yang turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Dataran Nilai, dekat sini, pada Sabtu.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun atas kepimpinan yang dinamik serta perancangan pembangunan negeri yang progresif.
"Saya ucap terima kasih kerana Negeri Sembilan di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin, yang telah merangka program-program yang baik dari segi pembangunan. Contohnya AirBus dan Boeing, sayapnya dibuat di Negeri Sembilan.
"... sekarang program pelancongan di Port Dickson," ujar Anwar lagi.
Isu pampasan tanah di Kem Gemas bermula sejak 2013 melibatkan tiga lot tanah iaitu Parcel H, Parcel J dan Parcel L dengan nilai premium asal sebanyak RM2.162 bilion.
Bagaimanapun, Parcel J telah diwartakan sebagai kawasan Military Firing Ground sejak 1941 menyebabkan ia dikecualikan daripada bayaran.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Pampasan tanah Kem Gemas
#Port Dickson
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan