awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
17/01/2021
15:38 MYT
Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Muhyiddin menerusi satu kenyataan pada Ahad, amat mengalu-alukan pandangan serta idea daripada pakar dalam membendung penularan COVID-19 ketika ini.
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk membentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 yang berperanan memberi nasihat kepada kerajaan dalam menangani penularan COVID-19 dalam negara.
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.
Muhyiddin menerusi satu kenyataan pada Ahad, amat mengalu-alukan pandangan serta idea daripada pakar dalam membendung penularan COVID-19 ketika ini.
Kenyataan berkenaan adalah merupakan maklum balas kepada surat terbuka yang ditulis oleh 46 pakar kesihatan yang meminta kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan situasi COVID-19 dalam negara semakin memburuk sebelum ini.
Muhyiddin berkata, beliau amat terbuka dan meminta kumpulan 46 pakar berkenaan untuk mencalonkan mana-mana individu yang sesuai bagi menyertai kumpulan penasihat ini.
"Saya amat terbuka untuk mendengar nasihat dan idea anda supaya kita semua dapat menyumbang dalam mengurangkan jumlah jangkitan (COVID-19) dan implikasinya terhadap kehidupan rakyat," kata beliau dalam kenyataan tersebut.
Ujar kenyataan itu lagi, kumpulan berkenaan juga dijemput untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri; Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba serta Penasihat Khas Perdana Menteri untuk membincangkan lebih lanjut berkenaan dengan kesihatan awam.
BACA: COVID-19: Surat terbuka 46 pakar merayu kepada PM
Beliau turut memberi jaminan, fokus akan diberikan sepenuhnya untuk menangani situasi pandemik dan akan mengetepikan hal berkaitan politik buat sementara waktu.
Terdahulu, 46 pakar kesihatan menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan 10 cadangan dalam memerangi COVID-19.
[TERKINI] PM bersetuju bentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19
Antara cadangan yang dikemukakan termasuk meningkatkan kekerapan ujian yang dibuat secara massa dengan menggunakan kit ujian (RTK-AG) yang lebih cepat dan murah berbanding penggunaan ujian PCR.
Menurut surat itu lagi, pengesanan awal hasil diagnosis RTK-AG yang boleh diperoleh dalam masa 24 jam membolehkan proses pengasingan kes dilakukan dengan cepat dan memudahkan pengesanan kontak rapat.
Antara yang menandatangani surat tersebut ialah bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christopher Lee.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#surat terbuka
#46 pakar
#Muhyiddin Yassin
#Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19
#kesihatan
#COVID-19
#rawatan
#ujian saringan
#nasihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan