KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata strategi itu meliputi aspek penambahan kapasiti, peningkatan kecekapan dan produktiviti, serta transformasi ke arah pelabuhan hijau rendah karbon.
"Kementerian Pengangkutan yakin prestasi pelabuhan utama negara akan tetap berkembang secara positif untuk tahun-tahun mendatang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Dr A Lingeshwaran yang ingin tahu sama ada pembinaan jambatan darat yang bakal menghubungkan laut Adaman dengan laut Thailand akan menjejaskan bilangan kapal berlabuh di Malaysia dan perancangan Malaysia menanganinya.
Anthony berkata hubungan baik antara Malaysia dan Thailand membuka ruang kepada kedua-dua negara untuk menjalinkan kerjasama bagi mengusahakan inisiatif baharu berimpak tinggi demi kepentingan bersama.
"Selain pembangunan pelabuhan, Malaysia sedia berkongsi dengan Thailand mengenai perkembangan terbaru projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di mana stesen terminal ECRL di Kota Bharu sebenarnya sangat dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand.
"Kerajaan juga terbuka kepada cadangan memanjangkan landasan ECRL ke sempadan Malaysia-Thailand dan disambungkan terus ke rangkaian rel Thailand sedia ada atau infrastruktur baharu yang akan dibangunkan pada masa depan," katanya.
Beliau berkata sekiranya ketersambungan landasan kereta api kedua-dua negara dapat dipertingkatkan, pergerakan kargo dan penumpang akan menjadi lebih pesat sekali gus memangkin pertumbuhan ekonomi di wilayah utara dan pantai timur Malaysia dengan Selatan Thailand.
Malah, beliau berkata pendekatan itu juga mampu meningkatkan integrasi ekonomi serantau dengan menghubungkan kedua-dua negara ke rangkaian dan pasaran China melalui Laos.
"Kementerian yakin Malaysia dan Thailand dapat menerokai formula kerjasama erat dalam bidang pengangkutan dan pembangunan negara demi kepentingan jangka masa panjang secara bersama," katanya.
Menjawab soalan tambahan Lingeshwaran sama ada terdapat mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dari Malaysia akan bertemu Thailand bagi menawarkan pelaburan dalam projek itu, Anthony berkata setakat ini perkara itu belum dirancang.
Pada 16 Feb lepas, Parlimen Thailand telah meluluskan laporan cadangan projek mega Chumphon-Ranong Land Bridge (CRLB) dengan konsep pembangunan melibatkan pembinaan pelabuhan di Chumphon dan Ranong yang dihubungkan dengan infrastruktur lebuh raya, landasan kereta api dan saluran paip.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Anthony berkata strategi itu meliputi aspek penambahan kapasiti, peningkatan kecekapan dan produktiviti, serta transformasi ke arah pelabuhan hijau rendah karbon. - Gambar fail/Bernama
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI.
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Kos pembinaan ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Anthony Loke
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih kekal pada RM50.27 bilion.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai lebih 60 peratus
Darwis berkata kemajuan berkenaan setakat Februari lepas dan pembinaan projek ini berjalan lancar.
Projek ECRL berjaya capai penembusan 30 terowong
Tiga terowong tersebut adalah terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan terowong Kampung Lentang 2 (478 meter).
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.